Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pemuda 20 Tahun Kantoi Rakam Wanita Mengandung Untuk Puaskan Nafsu

IDRUS, Husna Najwa
21 Apr 2025, 02:27 PM

pemuda 20 tahun kantoi rakam wanita mengandung untuk puaskan nafsu

       Foto: Facebook

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien, berkongsi pengalamannya yang mencemaskan apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang pemuda di sebuah pasar raya yang terletak di Seremban 2.

Menurut Erny, kejadian tersebut berlaku tanpa diduga, yang mana pemuda tersebut telah melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadapnya ketika dia sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan. 

Kejadian ini telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan warganet mengenai isu keselamatan wanita di tempat awam.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Erny malam tadi dan segera tular kerana keberaniannya mendedahkan pengalaman tersebut secara terbuka.

Menurut Erny, kejadian itu bermula di sebuah booth luar pasar raya apabila dia menyedari kelibat seorang lelaki berbaju kuning yang dilihat sedang memegang telefon dalam kedudukan yang mencurigakan, seolah-olah sedang merakam sesuatu.

Pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa, tetapi segala-galanya menjadi semakin jelas apabila lelaki tersebut dilihat mengikuti dirinya dan keluarganya dari satu bahagian ke bahagian lain di dalam pasar raya. Malah, anak-anaknya juga turut menyedari keanehan lelaki tersebut, dan Erny segera memberitahu suaminya, yang kemudian mengekori lelaki itu dari belakang.

Erny turut mengambil tindakan berani dengan menghampiri pelaku dan mula merakam sebagai bukti. Apa yang ditemui selepas itu sangat mengejutkan kerana terdapat beberapa rakaman video wanita, termasuk dirinya sendiri, yang di 'zoom’ dari belakang. Selain itu, kebanyakan rakaman tersebut memaparkan wanita hamil, malah ada juga yang berpurdah.

“Taste dia memang dengan orang mengandung,” ujar Erny dalam hantaran tersebut.

Lelaki terbabit yang berusia sekitar 20 tahun, merupakan seorang pelajar universiti tempatan telah ditahan dan disoal siasat serta dia mengakui telah lama melakukan perbuatan tersebut dan menyimpan rakaman wanita lain untuk tujuan memuaskan nafsu sendiri secara peribadi.

Meskipun laporan polis sudah dibuat, Erny membuat keputusan untuk menarik semula laporan atas dasar pertimbangan usia dan peluang untuk berubah.

Pihak polis menyatakan bahawa kejadian ini bukan satu kes jenayah atas sebab pelaku hanya merakam tanpa membuat sebarang sentuhan fizikal terhadap mangsa.


pemuda 20 tahun kantoi rakam wanita mengandung untuk puaskan nafsu

Foto: Facebook

Walaupun Erny merasa sedikit hampa, dia tetap menerima keadaan tersebut dan bercadang untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak universiti bagi tindakan tatatertib terhadap pelaku.

Keputusan ini bukan bermakna dia memaafkan pelaku, tetapi lebih kepada keinginannya untuk menyampaikan mesej penting kepada orang ramai.

“Untuk wanita-wanita, gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul, rakam sebagai bukti dan jangan takut sebab sekarang  pakai purdah pun dah tak selamat,”

Tulisnya lagi, berpakaian sopan atau bertutup litup tidak semestinya menjamin keselamatan.

Sumber: Facebook Erny Nuryassmien

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us