Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tiada Kerja Ketika PKP, Suami Alami Tekanan Perasaan Hingga Kurung Isteri Dan Dua Anak Dalam Rumah

Kejadian tersebut berlaku di Taman Nusa Intan, Seremban pada Isnin
nura
22 Jun 2021, 12:24 PM

Seorang lelaki mengalami tekanan perasaan kerana tidak mempunyai pekerjaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga bertekad mengurung isteri dan anak-anaknya. 

tiada kerja ketika pkp, suami alami tekanan perasaan hingga kurung isteri dan dua anak dalam rumah

Menurut laporan Awani, kejadian tersebut berlaku di Taman Nusa Intan, Seremban pada Isnin, memetik Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zinurin Sarip.

Pihak Zinurin terima panggilan kecemasan pada jam 8.51 malam melibatkan kejadian tersebut, kata beliau.

“Lelaki berkenaan bertindak mengunci pagar, gril dan pintu belakang rumahnya dari dalam disebabkan tertekan tiada pekerjaan akibat PKP.

“Kami awalnya memujuk lelaki terbabit namun selepas 15 minit dia masih tidak mahu beralah dan bomba terpaksa mengumpil pintu pagar dan gril rumah berkenaan.

“Kami memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainurin dilaporkan berkata, wanita tersebut ada mengadu kepada jirannya tentang perkara tersebut sebelum suaminya mengalami tekanan lebih teruk dan abangnya terpaksa datang dari Mambau untuk memujuk.

“Wanita dan anak-anaknya berusia empat bulan dan lebih setahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat dan kami juga dimaklumkan kesemua mangsa tidak makan sejak pagi.

“Suaminya pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us