Bagi peminat-peminat aktiviti luar, mungkin anda akan berjumpa dengan situasi di mana anda perlu menempuhi kawasan yang sukar atau melambatkan perjalanan anda. Mimpi ngeri yang selalu kita dapat masa kecil-kecil, lagi-lagi lepas tengok cerita Indiana Jones, adalah kemungkinana kita akan terperangkap di dalam pasir jerlus!
Apa sebenarnya pasir jerlus ini?
Ia sebenarnya, tidak semestinya pasir. Apa-apa jenis tanah, termasuk tanah liat, tanah gambut dan lumpur yang mengandungi kuantiti air yang sepsifik. Apabila ada bebanan di atasnya, ia akan berubah menjadi seakan-akan air dan menelan objek tersebut, sebelum betukar semula menjadi keras selepas menutupi bebanan tersebut.
Ia akan kelihatan sebagai tanah atau permukaan yang keras dan selamat pada mulanya dan langsung bertukar ketika ada bebanan.
Terdapat video yang tular di media sosial tentang seorang pakar kembara menerangkan cara menyelamatkan diri daripada pasir jerlus ini.
Sebelum kita mulakan dengan tips di atas, pakar telah berkongsi tips pemulaan, iaituHilangkan bebanan lebihan. Buang beg galas, pakaian lapisan luar dan segala apa yang boleh ditanggakan bagi menjadikan diri lebih ringan.
Seterusnya seperti yang ditunjukkan di dalam video, mulakan dengan menumpukan berat anda pada satu belah atau satu kaki.
Gerakkan kaki yang satu lagi seolah-olah anda sedang berenang ke atas atau mengayuh basikal. Hal ini akan melepaskan satu kaki anda.
Seterusnya, jangan terus tarik kaki yang lagi satu tuh. Anda ada potensi untuk mencederakan otot kaki anda.
Sebaliknya, melutut dengan kaki yang terlepas tadi untuk meluaskan permukaan yang bersentuh dengan pasir jerlus supaya ia tidak tenggelam semula.
Alihkan berat dan bebanan badan anda kepada kaki tersebut.
Sekarang adalah masa anda mengayuh kaki yang masih tenggelam tadi.
Dengan cara-cara ini, inshaaAllah anda boleh melepaskan diri daripada cengkaman pasir jerlus. Anda mungkin tidak akan pernah gunakan ilmu ini, kerana insiden pasir jerus adalah sangat jarang, tetapi ianya berguna sebagai ilmu tambhan, kot-kot boleh digunakan kelak.
Sumber; Twitter/Eaglecreek
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.