Berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia, lima daerah di beberapa negeri di Semenanjung kembali kepada zon hijau.
Ia melibatkan Langkawi, Padang Terap, Cameron Highlands, Setiu dan Lipis.
Manakala, 13 daerah di Sarawak juga berada di zon hijau iaitu Limbang, Mukah, Simunjan, Lawas, Tebedu, Pusa, Asajaya, Daro, Lubok Antu, Kabong, Tanjung Manis, Marudi, dan Telang Usan.
Namun, kesemua daerah di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur merekodkan zon merah.
Sementara itu di Selangor, daerah Sabak Bernam berada di zon jingga dan kesemua lapan lagi daerah zon merah.
Selain itu, beberapa daerah di Semenanjung berada dalam zon jingga iaitu Muallim, Kota Setar, Baling, Tumpat, Kuala Terengganu, Rompin, Segamat, Rembau dan Jelebu.
Zon kuning pula melibatkan daerah Kangar, Perak Tengah, Hulu Perak, Kampar, Kubang Pasu, Pendang, bandar Bahru, Sik, Bachok, Pasir Puteh, Gua Musang, Jeli, Kemaman, Kuala Nerus,Pekan, Bentong, Bera, Raub, Mersing, Tangkak, Tampin, Jempol, dan Kuala Pilah.
Selain itu, 13 zon merah, lima zon jingga dan sembilan zon kuning direkodkan di Sabah.
Sumber:
Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.