Berita menyayat hati apabila lima penumpang yang menyertai ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic menggunakan kapal selam kecil yang hilang di dasar Laut Atlantik pada Ahad lalu ditemukan dan telah disahkan meninggal dunia.
Menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), beliau memaklumkan kapal selam Titan dipercayai meletup berdekatan Titanic.
Tambahnya, kesemua mangsa dipercayai mati serta-merta akibat impak letupan ketika kejadian berlaku.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan akhirnya telah selesai apabila menemui jawapan disebalik kes tersebut.
Kenderaan kawalan jauh (ROV) yang dibawa turun dari sebuah kapal ke dasar laut menemukan sejumlah serpihan bangkai Titan kira-kira 488 meter (m) dari bawah permukaan di kawasan terpencil di Atlantik utara.
Beliau jelaskan terdapat serpihan kapal selam tersebut meletup, sekali gus mengorbankan kesemua penumpangnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.