Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kes Zara Qairina: Lima Remaja Akan Didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Aug 2025, 10:39 AM

kes zara qairina: lima remaja akan didakwa di mahkamah kanak-kanak kota kinabaluFoto: Bernama

Lima remaja di bawah umur akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini berhubung kes buli yang dikaitkan dengan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa semua tertuduh berusia di bawah 18 tahun dan pertuduhan dijangka dilakukan dalam prosiding khas untuk kanak-kanak.

“Seramai lima orang yang akan dituduh dan mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa suspek yang terbabit dalam insiden buli pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan itu akan dituduh di mahkamah selepas penelitian terhadap kertas siasatan yang diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

AGC menjelaskan bahawa keputusan untuk mendakwa suspek dibuat berdasarkan keterangan yang kukuh, namun langkah tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak polis berkaitan punca kematian Allahyarham Zara Qairina.

“Jabatan ini menegaskan walaupun keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun ia tidak akan menjejaskan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” jelas kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum ini mengesahkan bahawa kertas siasatan berkaitan kes tersebut telah diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut selepas siasatan menyeluruh dilakukan.

Menurut beliau, siasatan yang dijalankan polis merangkumi tiga aspek utama iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual, selain turut melibatkan proses soal siasat terhadap 195 saksi yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

Kes kematian tragis Zara Qairina, 13, telah mencetuskan perhatian ramai dan menimbulkan desakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab. Tumpuan kini terarah kepada prosiding mahkamah pada Rabu ini yang bakal menentukan langkah seterusnya dalam usaha mencari keadilan buat Allahyarham.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us