Seorang lelaki dari China terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan selepas sering mengalami pendarahan dari hidung berturut-turut selama 10 hari.
Mahu dikenali sebagai Pan, beliau dikejarkan ke unit ENT di Hospital Dongguan Chang’an, dalam daerah Guangdong, dan doktor yang merawat beliau memasukkan tiub endoscope ke dalam hidung lelaki berkenaan.
Selepas diperiksa, doktor menjumpai seekor lintah yang agak besar saiznya dan Pan mengakui bahawa beliau pernah sekali mandi di dalam paya suatu ketika dahulu. Doktor yang merawat Pan juga percaya, lintah berkenaan menetas dan hidup di dalam hidung Pan, serta membesar sehingga saiz berkenaan.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.