Foto: Gempak
Selepas lapan minggu berentap di pentas Talk To My Manager (TTMM), pasangan ibu dan anak, Liza Hanim X Marsya, akhirnya dinobatkan sebagai juara musim pertama.
Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi kemenangan.
Pasangan Shuib X Thalita pula muncul sebagai naib juara dengan ganjaran RM15,000, manakala tempat ketiga menjadi milik Sharifah Shahirah X Audra yang membawa pulang RM10,000 serta trofi.
Sementara itu, Ameng X Ammar dan Ina Naim X Hadie masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima dengan menerima RM5,000 beserta trofi. Pasangan Siti Sairah X Amad pula berada di tempat keenam dan membawa pulang RM3,000 bersama trofi.
Berikut senarai penuh pemenang Talk To My Manager: The Grand Finale:
• Juara: Liza Hanim X Marsya (Manager Artis With Sisters Energy)
• Naib Juara: Shuib X Thalita (Manager Artis Paling Banyak Drama Tapi Perform)
• Tempat Ketiga: Sharifah Shahirah X Audra (Manager Artis Paling Entertaining)
• Tempat Keempat: Ameng X Ammar (Manager Artis Paling Tenang Walau Dunia Bergolak)
• Tempat Kelima: Ina Naim X Hadie (Manager 24/7 Kena Usik Tapi Reda)
• Tempat Keenam: Siti Sairah X Amad (Manager Artis Paling Viral Di FYP)
Selain kategori utama, Sharifah Shahirah turut menerima pengiktirafan Gempak Most Valuable Manager, sekali gus membawa pulang baucar bernilai RM2,000.
Setiap kategori yang dimenangi peserta turut disertakan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500.
Malam kemuncak Talk To My Manager: The Grand Finale dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) bersama barisan juri profesional yang terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Program yang bersiaran selama lapan minggu ini ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.