Kredit gambar utama: Shutterstock
Nak sihat bukan sahaja kawal pemakanan, ambil makanan tambahan tapi perlu bersenam. Tak dapat buat setiap hari, anda boleh mulakan dengan aktiviti riadah sihat dengan keluarga pada hujung minggu. Banyak lokasi dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
#1 Taman Botani Shah Alam

Kredit: Taman Botani Negara Shah Alam
Tempat riadah ni memang best! Anda bukan sahaja boleh menyewa basikal, pusing keliling taman sambal lihat taman haiwan seperti rusa, kuda dan arnab. Boleh juga masuk ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang akan bertukar musim setiap 3 bulan. Tiket masuknya pun berpatutan, antara RM3 ke RM5 mengikut musim.
Kalau ada sukakan aktiviti lasak, bolehlah join aktiviti Skytrex. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti Big Thrill, Extreme Challenge dan Little Adventure.
#2 Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Kredit: Shutterstock
Dulunya dikenali dengan nama Hutan Simpan Bukit Nanas, hutan simpan tertua di Malaysia ni terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Taman Eko Rimba memang sesuai untuk anda yang ingin beriadah santai. Ada banyak route untuk dipilih seperti laluan Merbau dan Jelutong. Jangan lupa naik kanopi walk setinggi 21 meter untuk tengok pemandangan awesome bandar KL.
#3 MAEPS Serdang

Kredit: maeps
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di MAEPS. Anda boleh berjalan kaki atau berlari di sepanjang tasik sambil melihat pokok di Palm Park dan Laman Herba. Boleh juga beriadah dengan menunggang kuda pada kadar berpatutan di 2 pusat ekuin yang ada di sini.

Kredit: maeps
Kalau anda inginkan aktiviti yang lebih seronok, bolehlah naik Orbing@maeps untuk rasai pengalaman bergolek di dalam orbing ball bersaiz besar menuruni bukit.
#4 Marina Putrajaya

Kredit: marinaputrajaya
Memang best riadah di sini. Semuanya di dalam bangunan bertutup, tak perlu risau hujan atau panas, siang malam pun bukanlah masalah. Macam-macam ada. Gimnasium berpenghawa dingin, bilik aerobik, dewan skuasy yang selesa dan kolam renang yang sesuai untuk dewasa serta kanak-kanak. Anda juga boleh datang ke sini untuk relaks dengan mandian wap dan tingkatkan aliran darah serta metabolism dengan bersauna pada harga mampu milik.
#5 Taman Wetland Putrajaya

Kredit: Facebook/Perbadanan Putrajaya
Antara aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini termasuklah berbasikal keliling tasik, berkayak, berkenu, atau menaiki paddle boat. Persekitarannya bersih dan dipenuhi pokok, sangat mendamaikan.
Nak lebih sihat? Jangan lupa minum Jus Nusantara Gold yang diformulasikan daripada herba-herba terbaik dan digabungkan dengan khasiat pemakanan sunnah. Antara bahan tambahan yang terkandung dalam Jus Nusantara Gold termasuklah lempoyang, temu hitam, ibu kunyit, habbatus sauda, halia bara, temulawak, maduk], kurma, delima, cekur, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam yang telah digunakan sejak turun-temurun.

Apa tunggu lagi? Dapatkan Jus Nusantara Gold sekarang di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran anda. Layari laman web, Instagram, Facebook atau hubungi 019 212 2005 untuk info lanjut tentang khasiat dan kebaikan Jus Nusantara Gold serta untuk pembelian.
Jus Nusantara Gold , Penghulu Segala Produk. Dengan 3 kali ganda keberkesanannya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.