Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

4 Lokasi Travel Pelik Mesti Masuk Wishlist!

Inilah lokasi kena pergi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Editor
17 Jul 2018, 05:43 PM

Kredit gambar utama: isladelasmunecas.com

Selalu sangat disajikan dengan lokasi cantik, saujana mata memandang, kali ini jom lihat 4 lokasi unik dan pelik yang cukup terkenal di kalangan pelancong. Pendek kata, mesti masuk dalam senarai lokasi wajib pergi. Tetapi untuk sampai ke sini, anda perlukan kekuatan fizikal dan mental.

#1 Isla de las Munecas

Island of the Dolls atau Pulau Anak Patung, sebuah lokasi percutian terkenal yang terletak di Xochimilco, Mexico. Masyarakat tempatan menggelar lokasi ini sebagai pulau berhantu. Menurut sejarah, satu-satunya penghuni pulau ini, Don Juan Santana telah menemui jasad seorang kanak-kanak yang lemas di terusan, dia kemudiannya menggantung anak-anak patung di semua bahagian pulau untuk menghormati roh kanak-kanak itu. Menyeramkan!

#2 Giethoorn

Sebuah bandar yang dipanggil Venice of Netherlands. Kawasan ini yang terletak dalam wilayah Overijssel di Amsterdam merupakan satu-satunya perkampungan yang tiada jalan raya. Penduduknya hanya menggunakan terusan air untuk akses ke kawasan sekitar. Paling tidak pun penduduk di sini menggunakan basikal atau berjalan kaki merentasi jambatan gerbang kayu. Terusan air sepanjang empat batu tu cantik, berlatarbelakangkan pemandangan indah rumah-rumah ladang dan menggamit kedatangan pengunjung ke sini. 

#3 Sigiriya

Ataupun dikenali sebagai Lion Rock. Sebuah lokasi yang cukup terkenal dengan sebuah tinggalan istana di puncak batu setinggi 200m yang dikelilingi taman, terusan dan beberapa struktur. Nama Lion Rock diambil daripada penemuan tapak kaki singa besar yang diukir di atas batu. Untuk sampai ke puncak, anda perlu memanjat lebih 1,200 anak tangga. Tetapi keindahan pemandangan dan tinggalan sejarah di puncak, sangat berbaloi dengan penat lelah mendaki. Inilah antara lokasi yang paling popular di Sri Lanka!

#4 Machu Picchu

4 lokasi travel pelik mesti masuk wishlist!

Kredit: Wikimedia Commons

Dikenali sebagai The Lost City atau kota yang hilang ini dibangunkan oleh empayar Inca sejak abad ke-15. Kota yang telah musnah pada tahun 1572 ini terkenal dengan tapak tinggalan tamadun Inca yang telah ditemui semula pada tahun 1911 dan diangkat sebagai salah satu tapak Warisan Dunia (UNESCO). Untuk meneroka Machu Picchu yang terletak 200 kaki di atas sungai Urubamba ini, anda boleh melalui laluan yang disediakan yang mengambil masa empat hari atau memilih kaedah mendaki seperti video ini:

.

Ha, ni bukan percutian biasa-biasa. Jomlah mula menabung dari sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }