
Foto: Tiktok
Meninggalkan peralatan dan perkakas perniagaan di tapak bazar pastinya memberi kemudahan kepada peniaga. Namun, pendedahan yang dibuat oleh pemilik akaun TikTok Itik289674 mengejutkan pengguna maya.
Pendedahan tersebut berkaitan dengan salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Stadium Cheras, Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, yang didapati tidak mengendalikan bahan jualan mereka dengan cara yang bersih. Dalam klip video yang tular, produk jualan seperti sosej, bebola ayam, dan ikan hanya diletakkan dalam bakul raga.
Selain itu, peniaga tersebut juga menggunakan plastik kanvas yang biasa dijadikan bumbung khemah sebagai penutup bahan jualan mereka.
Untuk mengelakkan plastik kanvas itu daripada ditiup angin, peniaga tersebut meletakkan kerusi plastik di atasnya sebagai 'pemberat'. Menurut pemilik akaun, peniaga tersebut dipercayai telah menggunakan cara penyimpanan tersebut sejak minggu lalu.
"Tak boleh nak sangka baik sebab dari minggu lepas buat macam ni," ujarnya.
Video tular berdurasi 31 saat itu akhirnya menarik perhatian pelbagai reaksi daripada warga maya, sehingga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil perhatian.
Bertindak atas aduan yang diterima, difahamkan KKM telah melakukan serbuan di lokasi tersebut sekitar pukul 12 tengah hari pada hari Selasa.

Foto: Tiktok
Berita itu disampaikan oleh seorang pengguna TikTok yang mengikuti perkembangan isu tersebut.
"Aku nampak KKM dah buat pemeriksaan dekat tapak bazar ni. Aku duduk area sini, mantap... laju KKM buat kerja," katanya.
Selain itu, pemilik video turut berkongsi beberapa gambar yang memaparkan van milik KKM di lokasi kejadian.
Sumber: Tiktok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.