Gambar keindahan lombong dengan airnya yang berwarna biru yang terletak di Simpang Pulai memukau mata dan menjadi perhatian orang ramai sehingga tular di media sosial.
Bekas lombong kuari itu tidak berhenti menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin menyaksikan keindahan air yang berwarna biru itu. Lombong yang terletak di kawasan milik sebuah syarikat itu sebenarnya merupakan kawasan larangan untuk orang ramai.
Pengurus lombong berkenaan, Chooi Yim Onn, 65, menjelaskan pihaknya tidak mahu bertanggungjawab terhadap keselamatan pengunjung jika berlaku kejadian yang tidak diingini. Malah pihak syarikat juga telah memasang pagar di kawasan lombong tersebut tetapi tidak diendahkan oleh orang ramai.
Jelas Chooi, dia juga telah membuat laporan polis di atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menceroboh kawasan ini.
Air dalam lombong tersebut memang berwarna biru dan tidak pernah bertukar tetapi kedalaman airnya mungkin membahayakan keselamatan pengunjung di situ.
Sumber dari Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.