Tahukah anda? Bandar London disenaraikan sebagai bandar paling sesak di seluruh dunia untuk dua tahun berturut-turut.
Malah, bandar London itu mendahului 1,000 bandar lain dari 50 negara untuk bandar paling sesak di dunia.
Kesesakan tersebut turut menyebabkan tempoh masa yang hilang akibat kesesakan di bandar tersebut adalah lima peratus melebihi paras pra-pandemik.
Menurut Datuk Bandar London, Sadiq Khan, beliau menyifatkan ia sebagai amaran penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan dapat menambah baik kualiti udara.
"Saya rasa ini adalah peringatan tentang kepentingan untuk mengurangkan kesesakan, mengurangkan karbon dan meningkatkan kualiti udara juga.
"Ini bermakna mereka yang perlu menggunakan jalan raya seperti ambulans, jentera bomba, tukang paip dan juruelektrik.
"Kami menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki, berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam untuk membebaskan jalan raya bagi mereka yang memerlukannya," katanya.
Malah, beliau juga menyeru orang awam untuk menggunakan perkhidmatan awam yang lain termasuk kereta api bawah tanah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Bandar Chicago, Amerika Syarikat (AS) menduduki lokasi kedua paling sesak di dunia di mana kebanyakan pemandu menghabiskan masa dengan purata 155 jam di jalan raya.
Terdahulu, London pernah tersenarai sebagai bandar kelapan paling sesak di dunia pada 2019.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.