Sebuah kawasan kejiranan berbau busuk apabila tayar belakang sebuah lori kumbahan jatuh ke dalam longkang, sehingga menyebabkan tangkinya bocor dan air najis melimpah keluar.
Menerusi satu video yang beredar, kejadian itu dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) seorang pemilik rumah pada kira-kira pukul 2.20 petang (waktu tempatan) di wilayah Roi Et, timur utara Thailand.

Foto: Tangkap layar video
Dalam rakaman itu, lori kumbahan dilihat berada di atas penutup longkang, sebelum salah satu daripadanya pecah, mengakibatkan tayar kiri belakang terjunam ke dalam lubang tersebut.
Akibat insiden itu, kebocoran kecil berlaku pada tangki lori, menyebabkan sisa kumbahan tertumpah di atas jalan raya, tepat di hadapan sebuah rumah.
Pemilik rumah tersebut berkongsi video rakaman kejadian di laman Facebook dan menjelaskan bahawa dia telah membuat aduan kepada majlis perbandaran agar menutup longkang tersebut, namun aduannya tidak diendahkan.

Foto: Tangkap layar video
Dalam kemas kini pada hari berikutnya, majlis perbandaran dilaporkan sudah menghantar kenderaan dan pekerja untuk membantu kerja-kerja pembersihan.
Sumber: Facebook Bom Kitsanapong
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.