Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pemandu Lori Melawan Arus Ditahan Polis

Aimi Amira Nordin
21 Mar 2025, 12:15 PM

pemandu lori melawan arus ditahan polis

Gambar Hiasan

Seorang pemandu lori ditahan polis kerana memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan oleh pasukan Unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kajang, pada jam 10 malam.

“Semakan ke atas rakaman video yang viral mendapati pemandu lori jenis ‘tipper’ itu memandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence dan menghalang laluan kenderaan dari Jalan Mahkota Residence 1 untuk masuk ke Jalan Persiaran Mahkota Residence.

“Pemandu lori ditahan untuk tindakan kerana memandu secara merbahaya dan melulu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jika disabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun serta didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Sebelum ini, tular rakaman video dashcam menunjukkan sebuah lori tipper yang berada di laluan yang salah menghalang sebuah kereta yang menggunakan laluan itu.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us