Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Malang Tidak Berbau! Lori Muatan Durian Terbalik, 1 Tan Durian Bertaburan Di Lebuh Raya Utara Selatan

Dipercayai tayar belakang pada bahagian kiri lori tersebut pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan
nura
24 Jun 2021, 10:00 AM

Nampak gayanya musim durian sudah tiba! Namun, nasib tidak beruntung apabila sebuah lori muatan durian yang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor terbalik dalam nahas di Kilometer (Km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, pada hari Rabu.

malang tidak berbau! lori muatan durian terbalik, 1 tan durian bertaburan di lebuh raya utara selatan

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 tengah hari.

"Kemalangan dikatakan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.

"Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah "Rule 10 LN 166/59".

Sumber: Awani

 

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.