Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kad Kahwin Tular? Luna Maya & Maxime Bouttier Bakal Disatukan di Bali

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Apr 2025, 04:45 PM

kad kahwin tular? luna maya & maxime bouttier bakal disatukan di baliFoto: Tribunnews

Selepas sekian lama menjadi bualan peminat dan media hiburan, pelakon jelita Indonesia, Luna Maya akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hati, Maxime Bouttier.

Pasangan romantis ini dijadualkan disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan eksklusif yang akan berlangsung pada 7 Mei 2025.

Perkhabaran indah ini mula mencuri perhatian ramai apabila kad undangan perkahwinan mereka mula tersebar luas di media sosial.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pasangan tersebut setakat ini, laporan media hiburan Indonesia termasuk Suara.com mengesahkan kesahihannya.

Lokasi pilihan mereka, Ubud, Gianyar di Bali, dilihat sangat bersesuaian dengan suasana cinta dan keindahan alam yang tenang dan penuh magis.

Kad undangan yang tular memuatkan mesej ringkas namun penuh makna iaitu ‘Save the Date untuk pernikahan Luna dan Maxime. 7 Mei 2025 – Bali, Indonesia’ cukup untuk membuatkan para peminat tidak sabar menanti hari penuh bersejarah itu.

Tularnya kad jemputan itu bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, malah turut mengundang pelbagai spekulasi tentang senarai tetamu VIP dan selebriti ternama yang dijangka hadir.

Tidak keterlaluan jika dikatakan majlis perkahwinan ini berpotensi menjadi antara acara selebriti paling hangat tahun ini, lengkap dengan glamor dan gaya tersendiri.

Rakan-rakan artis dan figura terkenal dari industri hiburan seberang pasti akan memeriahkan suasana, menjadikannya satu lagi wedding of the year untuk dikenang.

kad kahwin tular? luna maya & maxime bouttier bakal disatukan di bali

Foto: Instagram

Menambahkan lagi keindahan kisah cinta mereka, Luna sebelum ini pernah memuat naik detik lamaran istimewa yang berlaku semasa percutian mereka di Jepun.

Dalam hantaran Instagram tersebut, Maxime dilihat melutut sambil menyarungkan cincin ke jari manis Luna, satu momen klasik yang terus mencuri hati netizen dengan aura romantiknya.

Sekadar info, hubungan cinta pasangan ini mula dihidu sekitar tahun 2023, namun kedua-duanya memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai status mereka.

Perbezaan umur yang wujud antara Luna dan Maxime mungkin menjadi salah satu faktor mengapa mereka memilih untuk menjaga ruang privasi, namun jelas bahawa cinta antara mereka semakin kukuh dari hari ke hari.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us