Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

M. Nasir Kembali Gegar Pentas Dengan Cipta 3 Sarat ‘Attitude Rock’

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Sep 2025, 11:58 AM

m. nasir kembali gegar pentas dengan cipta 3 sarat ‘attitude rock’Foto: Instagram

Legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir, sekali lagi bakal membuktikan keunggulan seninya menerusi konsert mega M. Nasir Cipta 3 yang dijadual berlangsung pada 27 September ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selepas mencetuskan fenomena melalui dua siri terdahulu, maestro berusia 68 tahun itu berjanji menghadiahkan persembahan penuh attitude rock, simbol kebebasan ekspresi yang turut diterjemahkan melalui tema pakaian konsert “Rock Cara Lu… Janji Rock”.

Kejutan Jadi Resipi

Menjadi tradisi konsert beliau, elemen kejutan sentiasa dinanti peminat. Masih segar dalam ingatan penonton Cipta 2 apabila wang kertas RM1 berterbangan dari udara, mencipta momen epik yang belum pernah dilakukan mana-mana artis tempatan.

Ditanya mengenai kejutan untuk Cipta 3, M. Nasir hanya tersenyum penuh makna.

“Mungkin ada, mungkin tidak. Namanya pun kejutan, takkan saya nak kongsikan sekarang,” katanya berseloroh ketika ditemui pada sesi latihan baru-baru ini.

Persiapan & Cabaran Lagu

Menurut penyanyi Tanya Sama Itu Hud-Hud itu, persiapan konsert kini mencapai tahap 70 peratus, manakala pemilihan lagu menjadi cabaran paling besar memandangkan katalog seninya merentasi lebih empat dekad.

Antara lagu yang bakal berkumandang termasuk karya agung untuk Wings, Search, Spring, serta dendangan artis ternama seperti Datuk Hattan dan Ella.

“Sebahagian daripada pemilihan lagu adalah penghormatan, terutamanya kepada Wings dan Search. Tujuannya untuk hiburkan penonton dan hidupkan semula nostalgia,” jelasnya.

Daripada lebih 40 lagu disenaraikan, proses saringan dibuat teliti, mengambil kira populariti, kesesuaian vokal serta peluang untuk memberi nafas baharu dalam susunan muzik.

M. Nasir turut menerima cadangan daripada pemuzik pengiringnya, termasuk Aznan Alias dan Awe.

“Kadang ada lagu saya sendiri pun saya tak terfikir, tapi mereka cadangkan. Kita juga dengar pandangan peminat,” ujarnya.

Menghidupkan Semula Karya

Menyanyikan lagu yang sinonim dengan suara penyanyi asal bukan perkara mudah. Menurutnya, menghafal lirik serta menyesuaikan emosi dengan gubahan baharu menjadi cabaran utama.

⁠“Lagu-lagu malar segar itu sudah jadi legenda. Kita tak boleh ikut bulat-bulat, tapi perlu sesuaikan dengan vokal saya juga,” katanya.

Lebih Daripada Sekadar Konsert

Bagi M. Nasir, Cipta 3 bukan sekadar konsert tetapi sebahagian daripada trilogi seni yang diyakini mampu berkembang menjadi legasi.

⁠“Kita harap boleh pergi lebih daripada sepuluh siri. Bagi saya, lebih 50 peratus konsert ini untuk hiburkan orang. Persoalannya, adakah kita mampu sentuh hati mereka?” katanya penuh pengharapan.

Konsert berskala mega ini dijangka bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut menjadi saksi bagaimana seorang legenda terus menyemarakkan jiwa rock meskipun usia kian meniti senja.

Sifu tetap sifu – dan Cipta 3 bakal mengabadikan lagi nama M. Nasir sebagai ikon seni muzik tanah air.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us