Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Macam Mana Nak Tahu Crush Kita Suka Dekat Kita Atau Tidak?

Tanda-tanda kalau seseorang itu suka dekat kita
Editor
07 Jan 2020, 06:46 PM

macam mana nak tahu crush kita suka dekat kita atau tidak?

Seronok sebenarnya bila kita ada crush ini. Kita rasa gembira apabila si dia layan kita, rasa malu-malu kalau jumpa, dan juga tak boleh berhenti senyum kalau ada dekat bilik yang sama. Kalau kita sudah masuk tahap angau, kita akan sentiasa terbayang wajah crush kita dan tertanya-tanya kalau si dia suka dekat kita balik.

Seorang pakar dalam urusan ‘dating’ dan perhubungan romantis berkongsi sedikit tanda-tanda kalau seseorang itu suka dekat kita. Kalau kita tahu, bolehlah kita mulakan langkah. Betul tak?

Mereka akan berkelakuan lain di hadapan anda berbanding dengan orang lain

Sekiranya seseorang itu suka dekat kita, semestinya dia akan layan kita lain daripada orang lain. Reaksi tingkahlaku kita akan terganggu apabila kita berhadapan dengan orang yang kita suka. Kita akan lebih gementar, tak tahu nak cakap apa, dan juga kadangkala tersasul apabila berbual. Kenapa? Sebab kita mahu menampilkan diri kita supaya disukai oleh orang yang kita suka itu. Jadi, ia akan mengganggu kawalan tingkahlaku kita.

Selain itu, sekiranya seseorang itu suka akan kita, kita akan nampak bahawa tenaga mereka akan bertambah apabila bersama kita atau dalam perbualan.

Anda akan lihat mereka berusaha untuk berdekatan dengan anda – walaupun mereka tiada kena-mengena dengan perbualan itu.

Sekiranya anda ingin meneliti tanda-tanda sama ada seseorang itu suka dekat anda atau tidak, perhatikan jarak mereka dengan anda (tapi jangan terlalu jelas anda perhatikan dia lah). Selalunya mereka akan cuba mendekatkan diri mereka dengan anda seolah-olah anda adalah pusat graviti dan mereka secara automatik menarik mereka dekat dengan anda.

Tetapi, dalam situasi di mana si dia sedang menceritakan sesuatu, sekiranya dia sukakan anda, dia tidak akan pandang ke arah anda. Hal ini kerana anda tidak akan mahu untuk bertenbtangan mata dengan orang yang membuatkan anda rasa gementar.

Mereka akan sentiasa pandang anda

Menurut pakar, sekiranya si dia suka terhadap kita, dia akan pandang kita lebih beberapa saat berbanding orang lain. Dia akan hanyut dlam menelaah muka kita apabila kita bersuara. Walaupun apa yang kita cakapkan itu tidak menarik bagi mereka.

Kalau anda perasan ada orang memandang anda dari tempat mereka, cubalah balas pandangan tersebut dengan senyuman, sekiranya anda juga sukakan mereka. Kalau tidak anda boleh buat tak tahu sahaja atau berdepan dengan individu tersebut untuk berhenti menjeling kepada anda, dengan cara yang baik.

Mereka akan cuba teruskan perbualan dengan anda

Antara cara mudah untuk pastikan seseorang itu suka dekat anda, cuba untuk (secara halus) tamatkan perbualan dengan si dia. Kalau mereka berusaha untuk sambung perbualan tersebut, ia mungkin tanda mereka ada hati dengan anda.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang cukup mudah untuk kenalpasti bahawa seseorang itu ada ‘crush’ dengan anda atau tidak. Semestinya cara yang paling berkesan adalah dengan berkomunikasi dan mendapatkan jawapan yang terus dan tulus. Ada berani?

Sumber: Insider

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us