Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Demi Keselamatan Rakyat Palestin, MAIPs Arah Masjid Baca Qunut Nazilah Buat Saudara Seagama!

Semoga saudara kita di Palestin sentiasa di bawah perlindunganNya
nura
11 May 2021, 02:23 PM

Susulan tindakan pencerobohan dan serangan tentera Israel serta pendatang haram Yahudi di Masjid al-Aqsa pada Jumaat (7 Mei) lalu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari, bermula solat subuh hari ini.

demi keselamatan rakyat palestin, maips arah masjid baca qunut nazilah buat saudara seagama!

Menurut Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bacaan doa Qunut Nazilah itu bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selepas kejadian yang berlaku pada 7 Mei lalu.

"Dengan bertauhid dan bertawakal kepada Allah, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama dua hari dan dua malam (11 dan 12 Mei) bermula dari waktu subuh hari ini," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.

demi keselamatan rakyat palestin, maips arah masjid baca qunut nazilah buat saudara seagama!

demi keselamatan rakyat palestin, maips arah masjid baca qunut nazilah buat saudara seagama!

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas tempat ketiga paling suci bagi umat Islam itu merupakan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin," titah baginda.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.