Susulan kes harian COVID-19 yang semakin membimbangkan kebelakangan ini, namsak gayanya majoriti rakyat Malaysia bersetuju agar kerajaan memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19.
Menurut kaji selidik yang dikendalikan oleh Awani, ia mendapati sejumlah 57.1 peratus bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.
Sebanyak 25,939 responden senada agar kawalan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu PKP itu diperketatkan lagi.
Sementara itu, seramai 8,645 atau 19 peratus responden berpendapat, merehatkan sektor berisiko sebagai keputusan terbaik.
Namun, ada juga berpandangan bahawa Malaysia seharusnya meneruskan sahaja pelaksanaan PKP yang sedia ada apabila 6,992 atau 15.4 peratus yang berpendapat sedemikian.
Menurut kaji selidik tersebut, ia turut mendapati seramai 3,835 responden atau 8.4 peratus menyatakan rasa tidak peduli tentang cadangan langkah terabik dalam melandaikan jangkitan baharu dalam negara ketika ini.
Berdasarkan daripada tinjauan tersebut, seramai 45,411 responden telah mengambil bahagian daripada kaji selidik menerusi platform utama media sosial yang dijalankan selama 24 jam itu.
Apa kata anda? Patutkah PKP diperketatkan lagi ataupun teruskan sahaja pelaksanaan PKP yang sedia ada?
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.