Walaupun mulut akan mengeluarkan bau yang teramat dahsyat apabila kita makannya tetapi kenyataannya petai ada banyak khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan.
Antara vitamin yang terdapat dalam petai adalah,
1. Tinggi vitamin C
Petai mengandungi vitamin C yang meningkatkan imun badan dan antioksida. Kadar kandungan vitamin dalam petai inilah yang mampu mengurangkan tekanan seseorang dan juga menyembuhkan luka dengan mudah.
2. Tinggi kalium
Zat kalium yang terkandung dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh badan. Kalium amat penting untuk menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik. Bukan itu sahaja, kalium yang tinggi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan amat baik untuk jantung.
3. Vitamin A
Vitamin A amat baik untuk penglihatan, jantung dan sesuai untuk seseorang yang menjaga kulit muka. Vitamin yang terkandung dalam petai dapat menjaga mata daripada masalah-masalah kesihatan berkaitan mata.
4. Kalsium
Keistimewaan kalsium adalah menguatkan tulang dan gigi. Kandungan kalsium yang tinggi dalam petai ini dapat mengukuhkan dan mengurangkan sakit gigi.
Tapi betulkah petai ini berkesan? Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka berasa lebih baik selepas makan petai.
Selain baik untuk masalah gangguan jiwa, petai ternyata puna khasiat lain seperti berikut:
Mencegah anemia
Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti lemah, penat, pening kepala, mual, muntah dan mudah dijangkiti penyakit.
Menstabilkan tekanan darah
Petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah. Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
Merawat PMS
PMS yang selalu common di kalangan kaum hawa. Untuk pengetahuan anda, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran haid. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.
Sumber: KKM / Wedpedia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.