Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Jenis-Jenis Makanan Yang Berbahaya Dan Toksik Untuk Kucing Peliharaan Anda

Terdapat sesetengah jenis makanan yang sebenarnya berbahaya untuk diberikan kepada kucing peliharaan kita
Editor
26 Mar 2021, 07:00 AM

Kepada dan ibu-ibu dan bapa-bapa angkat kucing di luar sana, sepastinya anda mahukan yang terbaik untuk peneman manja anda itu. Sesiapa yang mempunyai kucing peliharaan mesti pernah berikan lebihan makanan kita kepadanya.

jenis-jenis makanan yang berbahaya dan toksik untuk kucing peliharaan anda

Bukan apa, kadangkala mereka buat muka comel untuk minta makanan kita. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat sesetengah jenis makanan yang sebenarnya berbahaya untuk diberikan kepada kucing peliharaan kita dan mungkin juga bersifat toksik dan boleh menyebabkan kucing kita jatuh sakit.

Segala Jenis Bawang

Tidak kiralah, bawang merah, putih, besar, kecil dan sebagainya, ia mungkin dapat menjejaskan kandungan darah merah di dalam badan kucing. Perkara ini mungkin akan menyebabkan anemia. Selalunya, ia hanya menjadi racun sekiranya dimakan dengan kadar yang banyak, tetapi kalau kucing kita makan produk yang berbentuk serbuk atau pes bawang, ia mungkin bersifat toksik dan menyebabkan mereka sakit. Hal ini kerana kadar bawang di dalam bentuk ini adalah pekat.

Telur, Daging Dan Tulang Mentah

Sama seperti manusia, bahan-bahan mentah sebegini bahaya untuk kucing kerana terdapat risiko bakteria salmonella dan keracunan E. Coli. Simptom-simptom jangkitan adalah muntah, cirit-birit, dan kelesuan. Jangkitan ini juga boleh tersebar kepada manusia, jadi sentiasa jaga kebersihan diri sekiranya kucing anda tidak sihat dengan membasuh tangan setiap kali menguruskan kucing anda.

Coklat Dan Minuman Berkafein

Kita selalu dengar yang coklat sebenarny7a berbahaya untuk anjing, tetapi sebenarnyaia juga boleh boleh menjadi racun kepada kucing anda. Coklat mengandungi bahan yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, demam panas, kesakitan otot, degupan jantung tidak sekata, dan sawan kepada kucing. Bahan yang sama juga boleh dijumpai di dalam minuman-minuman berkafein. Selepas ini, sekiranya anda menikmati minuman tersebut, berhati0hatilah denagn kucing anda. Jangan sampai mereka terminum.

Susu Dan Bahan Tenusu

Walaupun kucing anda sukakan susu, ia sebenarnya tidak bagus untuk mereka. Kucing sebenarnya memepunyai maslah dlam melawaskan laktosa yang terkandung di dalam susu. Hal ini akan menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Kucing selalunya hanya minum susu yang mengandungi laktosa ketika mereka kecil dan ini hanyalah dalam tempoh beberapa minggu. Jadi, perut mereka tidak biasa dalam mencernakan laktosa dalm kuantiti yang banyak.

Anggur Dan Kismis

Kuantiti anggur dan kismis yang sedikitpun dapat menjadikan kucing anda tidak sihat. Lebih teruk lagi, ia boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang kucing. Di dalam tempoh 12 jam, kucing anda akan muntah-muntah. Kesan selepas 24 jam memakan anggur dan kismis adalah kelesuan, cirit-birit, kurang selera makan, dan kesakitan di bahagian abdomen

Sumber: Hill’s Pet

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.