Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

5 Makanan Saiz XXL Mesti Cuba Di Selangor!

Yang makan sikit tu, bolehlah ajak kawan pergi makan!
Editor
17 Apr 2018, 03:30 PM

Kredit gambar utama: Pinterest

Perasan tak semua benda semakin kecil? Handphone semakin kecil, baju dan seluar semakin kecil dan ramai juga yang mempunyai selera makan yang semakin kecil kerana berdiet.

Asyik sebut benda kecil je, kali ni kita sebut pasal benda BESAAARR pula... Sesuai untuk anda yang berselera besar.

#1 Burger XXL di Yazid Burger

5 makanan saiz xxl mesti cuba di selangor!

Kredit: Instagram/hafizbadri

Anda rasa berapa besar burger di Yazid Burger ni sampai boleh dikatakan bersaiz XXL? Saiz sebenar kami tak tau, tapi yang pasti memang besarlah, lebih besar daripada muka.

Kalau anda tak yakin boleh habis burger besar macam ni, jangan risau sebab di sini ada turut dijual burger dengan saiz dagingnya antara 50g ke 3kg pada harga antara RM10 ke RM120.

Yazid Burger terletak di Lot 4, Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

#2 Mi Tom Yum Mangkuk Besar di Ngam

Memang ‘ngam’ kalau makan ramai-ramai. Barulah berbaloi dengan masa menunggu hidangan siap. Bukan senang nak sediakan hidangan terbaik bersaiz besar yang lengkap dengan udang, sotong, kepah dan telur. Kalau anda tidak mahu tunggu lama, bolehlah lakukan tempahan awal.

Harga semangkuk hidangan ini RM98, ‘ngam’ untuk 4 orang makan.

Ngam terletak di S.118, 1 Utama Shopping Centre, 1 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

#3 Kombo Dulang Besar di The Rack Boutique Cafe

5 makanan saiz xxl mesti cuba di selangor!

Kredit: Foursquare

Setiap kali ke restoran makanan barat, anda tidak tahu hendak memilih makanan yang sesuai dengan selera. Semua pun nampak sedap. Tetapi di sini semua makan barat dihimpunkan dalam satu dulang. Kenapa mesti pilih satu kalau anda boleh makan macaroni and cheese, kentang goreng dan spageti dalam satu dulang! Harganya pun berpatutan, hanya rm35 untuk 1 dulang yang boleh dimakan 4 orang.  

The Rack Boutique Café terletak di 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

#4 Piza di Mikey’s Original New York Pizza

5 makanan saiz xxl mesti cuba di selangor!

Kredit: The Yum List

Piza ni memang besar! Saiznya 18 inci, sama besar dengan rim kereta! Ada macam-macam topping yang boleh anda pilih. Tak larat nak habiskan semua? Nak makan 1 slice pun boleh. Memang besar dan puas hati! Tak percaya? Boleh tengok menu di http://mikeyspizza.com.my/files/menu.pdf.

Mikey’s Original New York Pizza terletak di No. 17, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur and in Mid Valley. Untuk penghantaran, WhatsApp mereka di 017-846 0080.

#5 Tower Drink di Empire Nasi Lemak

5 makanan saiz xxl mesti cuba di selangor!

Dah rasa makanan bersaiz XXL, seperti tidak lengkap jika tiada minuman bersaiz besar.  Anda boleh rasa teh ais, teh o’ ais, Nescafe ais atau Milo ais di Empire Nasi Lemak. Minuman bersaiz besar dijual  pada harga RM12. Bolehlah rasa keenakan nasi lemak di sini.  

Empire Nasi Lemak terletak di Pasar Moden Subang Jaya, SS 15/8a, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Jika anda merancang untuk ke lokasi yang kami nyatakan ini, pastikan anda sediakan handphone untuk mengambil gambar. Bukan selalu dapat menikmati hidangan bersaiz XXL ni. Pastikan juga data anda mencukupi untuk upload di media sosial.

Nasib ada pelan biGBonus Digi Prepaid pada hanya RM38 setiap bulan. Bolehlah korang enjoy  77GB data Internet dan PERCUMA 1,000 minit masa berbual. Memang BESAR kan? Marilah #Jominternet dengan Digi Prepaid LIVE.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.