
Foto Hiasan
Malaysia terus mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai negara kedua tertinggi di dunia dalam penggunaan kod QR bagi tahun 2024!
Menurut data yang dikongsikan oleh Seasia Stats (sumber: GWI Q3 2024), Malaysia mencatatkan kadar penggunaan kod QR sebanyak 66.1%, hanya sedikit di belakang China yang berada di tangga pertama dengan 67.4%.
Lebih membanggakan, Malaysia berjaya mengatasi negara-negara lain seperti Thailand (61.5%), Argentina (61.0%), Brazil (60.8%), malah negara maju seperti Switzerland (57.7%) dan Sweden (54.9%).

Pencapaian ini jelas membuktikan rakyat Malaysia semakin selesa dengan transaksi tanpa tunai tidak kira untuk membayar makanan di gerai tepi jalan, parkir, pembelian runcit sehinggalah ke platform e-dagang.
QR Pay kini bukan lagi trend, tetapi sudah menjadi gaya hidup.
Momentum ini juga selari dengan usaha memperkukuh ekonomi digital negara, sekali gus mempercepatkan transformasi ke arah masyarakat tanpa tunai yang lebih cekap dan selamat.
Di media sosial, ramai netizen meluahkan rasa bangga melihat Malaysia berada di kedudukan kedua dunia.

Foto Hiasan
“Dulu orang ragu-ragu nak guna QR, sekarang mak cik warung pun ada QR!” tulis seorang pengguna.
Dengan perkembangan pesat teknologi kewangan dan sokongan pelbagai platform e-wallet serta perbankan digital, tidak mustahil Malaysia mampu memintas China pada masa akan datang.
Teruskan momentum ini, Malaysia!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.