Adakah anda mengalami masalah dengkur masa tidur? Atau ia dari adik beradik, roomate atau pasangan anda?
Masalah dengkur menjadi masalah buat mereka yang tidur bersama mereka yang berdengkur. Jika anda atau pasangan anda berdengkur, cuba gunakan 10 cara ini untuk hilangkan dengkur:
1. Mandi Air Panas Sebelum Tidur
Dengkur terjadi apabila ada gangguan pada saluran pernafasan. Jadi, dengan mandi air panas, ia membantu mengeluarkan sebarang bendalir yang menggangu saluran tersebut.
2. Tidur Mengiring
Berbaring secara menelentang menyebabkan lidah menutup saluran tekak. Cuba tidur mengiring sambil memeluk bantal.
3. Banyakkan Minum Air
Ia akan meningkatkan hidrasi badan. Badan yang kurang air menyebabkan tekak kering dan menghasilkan mukus, seterusnya menyebabkan dengkur.
4. Gunakan Pelekat Jalur Hidung
5. Gunakan Semburan Hidung
Ia bagi melegakan sekatan pernafasan akibat mukus dalam hidung.
6. Pasang Air Humidifier Dalam bilik
Ia menyebabkan suhu bilik menjadi segar dan membantu tidur yang berkualiti.
7. Tidur Guna Bantal Tinggi
Ia membantu pernafasan yang lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat. Cukup sekadar 4 ke 5 inci lebih tinggi dari paras biasa kepala anda.
8. Jangan Makan Makanan Berat Sebelum Tidur
Ada kajian menunjukkan makanan seperti susu menyebabkan dengkur yang semakin teruk. Cuba elakkan daripada makan makanan berat apabila lewat malam.
9. Buat Latihan Mulut
Jika anda ingin mengurangkan bunyi bising ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.
- Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang. Ulang selama 3 minit setiap hari.
- Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat.
- Sebut vowel ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari
Latihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.
10. Check Dengan Doktor
Jika cara diatas masih tidak berkesan, cuba dapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital.
Share dekat mereka yang berdengkur jom!
Sumber: The Asian Parent
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.