Menyayat hati! Suami kepada guru yang dibunuh kejam, Istiqomah Ahmad Rozi mendedahkan isterinya itu pernah meminjamkan wang sebanyak RM19,400 yang diperoleh daripada pinjaman bank kepada suspek lelaki pada September tahun lalu.

Menurut Mohd. Yusoff Mokhtar, dia memaklumkan suspek ada membuat bayaran balik secara ansuran sebanyak RM371 sebulan sehingga Disember sebelum mengajak Istiqomah menambah jumlah pelaburan dalam pasaran pertukaran asing.
“Suspek tiba tiba-tiba muncul dan mengajak isteri menyertai perniagaanya. Pada September tahun lalu Istiqomah ada membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah RM19,400 kepada lelaki itu, yang merupakan kenalannya ketika di maktab perguruan.
“Bulan seterusnya sehingga Disember, suspek ada membuat bayaran balik RM371 sebulan dan mengajak Istiqomah berjumpa untuk menambah pelaburan, namun isteri menolak,” katanya.
Tambahnya, gelang emas pemberian arwah neneknya dianggarkan bernilai RM40,000 yang dipakai isterinya ketika berjumpa dengan suspek turut lesap dalam kejadian bunuh tersebut.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.