Semua orang suka menonton wayang. Apabila kita pergi ke panggung wayang, itu adalah antara tempat untuk kita relaks dan hiburkan diri dengan filem yang kita sudah lama tunggu ini. Tetapi hati kita akan tersakiti sekiranya terdapat makhluk-makhluk tuhan yang menyakitkan hati di dalam panggung wayang yang sama.
Tak tahulah sama ada itu adalah kali pertama mereka menonton wayang di skrin besar atau mereka tidak pernah diajar etika menonton wayang.
Mari kita lihat ciri-ciri manusia yang akan membuatkan kita geram dan memaki di dalam panggung wayang.
Dah sampai depan kaunter, makanan dah sampai, baru nak mencari dompet di dalam beg
via GIPHY
Tiada siapa yang datang ke panggung wayang setengah jam sebelum filem bermula. Semua orang berada pada keadaan yang bergegas kerana wayang yang ingin ditontoni akan bermula dalam masa 5 minit lagi.
Jadi mereka-mereka yang beratur untuk membeli popcorn atau makanan ringan ini patutnya sudah faham, orang mahu bergegas. Ini tidak. Dia boleh tunggu makanan dah sedia baru mahu terhegeh-hegeh korek beg tangan untuk mencari duit bayaran.
Jangan sampai kami maki kamu bersama anak-anakmu
Kami tidak marah mahu membawa anak-anak kecil. Pengalaman menonton wayang bersama ibu dan ayah akan menjadi memori indah sewaktu mereka sudah besar. Tetapi, janganlah menjadi ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Kalau anak itu terlalu kecil, gigi pertama pun belum tumbuh lagi, tak payahlah bawa ke panggung. Ambil babbysitter untuk jaga anak di rumah.
via GIPHY
Lagi menjengkelkan kalau tiba-tiba anak menangis di tengah-tengah klimaks filem tersebut. Memang tiada sesiapa yang akan marah terang-terangan, tetapi percayalah, kata-kata makian akan berzikir di mulut penonton-penonton lain.
via GIPHY
Bukan mahu ajar macam mana mahu menjadi ibu bapa, tapi agak-agaklah
Terlanjur kita bercakap pasal anak-anak ini, ada lagi satu spesis ibu bapa yang oleh kerana mereka suka menonton filem-filem seram atau yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, mereka heret sekali anak yang tidak sepatutnya menonton filem tersebut.
Kadang-kadang kita nak maki pun dah penat.
via GIPHY
Pergi ke tandas sebelum wayang bermula
Pada kebiasaannya panggung wayang mempunyai ruangan tempat duduk yang terhad. Ia akan menjadi tidak selesa kalau di tengah-tengah filem yang sedang berjalan, ada orang yang minta laluan untuk ke tandas.
Bukan tidak mahu kasi pergi tandas, tetapi bagi keselesaan sejagat, tolonglah lunaskan segala hajat sebelum filem bermula.
via GIPHY
Jangan gunakan telefon bimbit anda!
Ya, kami tahu kamu popular, banyak kawan, sentiasa ada ‘notification’, tapi tunggulah filem habis dahulu sebelum membuka telefon untuk membalas mesej-mesej daripada peminat anda tu. Keadaan panggung yang gelap gelita akan menyebabkan cahaya daripada telefon pintar anda itu, walaupun anda telah meletekkan kecerahan yang paling rendah, menjadi jelas dan nyata.
via GIPHY
Jangan sampai kami halakan ‘spotlight’ dekat muka kamu.
via GIPHY
Kita semua pergi ke panggung wayang untuk menikmati hiburan filem yang pada kebiasaannnya yang kita minati. Jadi, janganlah merosakkan pengalaman oprang lain demi kepentingan diri anda sendiri.
Sedikit pesanan daripada penonton wayang yang tersakiti.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.