Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“You Touch, You Go!” – MARA Janji Tindakan Tegas, Siasat Segera Insiden Buli Kejam di MRSM

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Apr 2025, 04:24 PM

“you touch, you go!” – mara janji tindakan tegas, siasat segera insiden buli kejam di mrsmFoto: Sinar Harian

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi jaminan akan menyiasat segera kes buli yang dipercayai berlaku di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), seperti yang sedang tular di media sosial sejak semalam.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam satu kenyataan tegas hari ini, menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk keganasan atau budaya buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA.

“Saya telah arahkan pegawai saya untuk menyiasat serta-merta. Sekiranya benar kejadian ini berlaku di MRSM dan pelajar-pelajar terlibat adalah pelajar kami, tindakan keras akan diambil tanpa sebarang kompromi,” katanya dengan nada serius.

Kenyataan itu hadir susulan sebuah video berdurasi satu minit 31 saat yang memaparkan aksi buli kejam terhadap seorang pelajar, yang dipercayai berlaku di MRSM Pulau Pinang, mula tersebar luas di media sosial.

Dalam video berkenaan, mangsa dilihat dipukul menggunakan tali pinggang, dihentak oleh beberapa pelajar lain dan turut diikat kakinya dalam keadaan yang menyedihkan.

Asyraf Wajdi turut mengulangi pendiriannya bahawa tiada ruang untuk sebarang bentuk buli di mana-mana institusi pendidikan MARA.

Beliau menegaskan bahawa MARA akan bertindak tegas terhadap mana-mana pelajar yang terbabit dalam kejadian sedemikian.

“Saya sudah tekankan sejak hari pertama diberi amanah ini – ‘You touch, you go!’ Tidak ada tempat untuk pembuli, apatah lagi yang cuba menjadikan buli sebagai budaya dalam MRSM,” katanya.

Tindakan segera ini sekaligus memberi isyarat jelas bahawa MARA komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajarnya terpelihara, serta tidak akan membiarkan insiden seperti ini dipandang ringan.

Orang ramai khususnya ibu bapa kini menanti hasil siasatan MARA dan mengharapkan tindakan sewajarnya diambil agar insiden menyayat hati ini tidak berulang.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us