Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Makan Mi Segera Selama Tiga Minggu Berturut-Turut Punca Wanita Ini Masuk Hospital

Semua wang yang disimpannya itu digunakan untuk membayar bil hospital.
Editor
28 Feb 2021, 10:00 AM

Selalunya pesanan ibu bapa adalah, janganlah makan mi segera kerap sangat. Nanti rambut akan gugur. Mungkin itu sekadar mitos tetapi seorang pelajar di China cuba menjimat wang dengan makan mi segera selama tiga minggu berturut-turut, terpaksa dibawa ke hospital.

makan mi segera selama tiga minggu berturut-turut punca wanita ini masuk hospital

Hong Jia hanya makan mi segera sejak 15 Oktober. Tapi kenapa? Semata-mata untuk menjimatkan wang untuk Singles Day, ia dianggap sebagai Black Friday di China.

Malangnya baginya, semua wang yang disimpannya itu bukan dibelanja untuk membeli-belah, tetapi digunakan untuk membayar bil hospital.

Ramai pelajar universiti tahu bahawa makanan yang paling murah yang anda dapat adalah mi segera. Lagi-lagi bila dah nak hujung semester tu. Bukan sahaja harganya murah, tapi ia senang dimasak dan juga mampu mengisi perut anda. Namun, itu bukan makanan yang paling berkhasiat, bahkan ia mampu membuat anda sakit kalau tidak mengamalkan diet yang seimbang.

Dalam sebuah video yang menjadi viral, Hong Jia mengatakan bahawa dia telah berjaya mengumpul 749 yuan (RM453.26) dengan cara makan mi segera setiap hari. Tetapi, dia tidak berpeluang untuk membeli semua barang yang diingini dengan potongan harga yang murah.

Menurut laporan media China, pelajar-pelajar yang menghabiskan tiga minggu terakhir makan mi segera untuk menjimatkan wang, kini berada di hospital untuk menerima rawatan. Bahkan, semua wang disimpanan itu digunakan untuk menerima rawatan dan membayar ubat.

Hong Jia beritahu kepada wartawan bahawa dia menggunakan sebahagian besar simpanan itu untuk merawat dirinya.

“Titisan IV berharga lebih dari 1,000 yuan (RM605.29) dan kos perubatan lebih dari 100 yuan (RM60.53),” katanya.

Pelajar universiti itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai masalah kesihatannya tetapi mengatakan bahawa dia mengalami demam panas sehingga memerlukan rawatan di hospital. Walaupun penyebab sebenar penyakitnya itu tidak jelas, dia menyatakan bahawa "hanya makan mi segera boleh menjadi alasan."

Netizen yang komen mengenai video viral itu mengatakan bahawa tindakannya itu pasti akan akan gagal. Ibu Hong Jia sendiri tidak bersimpati dengan cara anak perempuannya ingin menjimat wang.

Walaupun niat anda baik, ingin menjimat wang tapi pentingkan kesihatan anda terlebih dahulu!

Sumber: Oddity Central

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }