Menyayat hati apabila melihat mayat bergelimpangan di Hospital Al-Shifa yang telah musnah sepenuhnya akibat dibom Israel.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa dan kawasan sekitarnya di barat Bandar Gaza awal semalam, meninggalkan berpuluh-puluh penduduk terbunuh bersama kemusnahan besar.
Tindakan tentera penjajah yang membakar seluruh hospital telah menyebabkan perkhidmatan terhenti sepenuhnya.
Tambahnya, askar Zionis memusnahkan bangunan pembedahan dan membakar ruang menyambut tetamu serta bangunan kecemasan.
Malah, mereka turut membakar bangunan menempatkan pusat rawatan buah pinggang dan wad bersalin, bilik mayat, wad kanser serta memusnahkan bangunan klinik pesakit luar, tambah saksi.
Lebih menyedihkan apabila melihat mayat bergelimpangan ditemui di dalam hospital dan jalan-jalan sekelilingnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.