Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bau Menyengat Di Parkir Sebuah Mall Rupanya Dari Mayat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Mar 2025, 04:44 PM

Satu detik cemas dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Rizwan Kamarulzaman yang menemui mayat reput di dalam sebuah kereta yang diparkir, di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Kejadian 25 Januari itu baru tular setelah Rizwan memuat naik detik-detik penemuan mayat tersebut ke media sosial pada hari Khamis.

Rizwan menceritakan bahawa dia tidak menyedari kewujudan mayat tersebut sehinggalah dia terhidu bau yang sangat busuk dan menyengat, di samping terlihat titisan air yang menitik dari kenderaan berkenaan. Dia mula rasa curiga dan menjenguk ke dalamnya.

“Apabila menjenguk ke dalam, saya tergamam melihat tangan mayat yang sudah reput,” katanya.

bau menyengat di parkir sebuah mall rupanya dari mayat

Rizwan segera mendapatkan bantuan pengawal keselamatan untuk melaporkan kejadian tersebut. Pengawal segera menghubungi pihak pengurusan dan laporan polis dibuat bagi tindakan lanjut.

Berdasarkan siasatan awal, mayat yang berada dalam kenderaan Proton Wira itu dipercayai sudah berada di situ selama tiga hari sebelum ditemui.

Rizwan mengakui bahawa dia terkesan dengan kejadian itu dan bau mayat masih mengganggu fikirannya selama berhari-hari.

Dalam pada itu, terdapat komen yang mengatakan keadaan mayat seolah-olah sudah dua minggu ke atas memandangkan air mayat sudah menitik dan seperti tisu basah.

Polis Kuala Lumpur mengesahkan kejadian itu berlaku dua bulan lepas. Tiada butiran kes diberikan pihak berkuasa sehingga kini.

Sumber: Majoriti.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us