Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Mayat Seorang Lelaki Ditemukan Terlungkup Dalam Tangki Simpanan Air Di Pulau Pangkor

Aimi Amira Nordin
05 Feb 2025, 06:00 PM

Mayat seorang lelaki telah ditemui di sebuah tangki simpanan air pelantar P5 di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor.

Mayat tersebut ditemui oleh pekerja pelantar yang mahu membuka paip utama berhampiran tempat kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah tangki simpanan air.

mayat seorang lelaki ditemukan terlungkup dalam tangki simpanan air di pulau pangkor

Foto: Kosmo

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Manjung iaitu Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kira-kira pukul 3.15 petang semalam Balai Polis Pangkor menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air dari orang awam.

"Siasatan awal menemui seorang lelaki berada dalam keadaan terlungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

"Mayat ditemui dalam keadaan kembung dan membusuk sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor," katanya dalam satu kenyataan di sini.

mayat seorang lelaki ditemukan terlungkup dalam tangki simpanan air di pulau pangkor

Foto: Sinar Harian

Bagaimanapun, mangsa berusia 51 tahun itu difahamkan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menyalurkannya ke Balai Polis Pangkor atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Sumber: Siaran Media FB Polis Daerah Manjung

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us