Program ‘MEGA SPONTAN’ kembali menghiburkan para penonton Astro dengan pelbagai permainan lawak spontan terbaharu berskala besar tahun ini.
Empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh bakal beraksi untuk merebut takhta menjadi ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’.

Uniknya pada kali ini apabila barisan pemain rancangan ini turut melibatkan rakyat Malaysia serta generasi BBNU yang mempunyai bakat komedi yang hebat secara spontan.
‘MEGA SPONTAN’ akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Buat julung kalinya, setiap kumpulan bukan sahaja dipenuhi barisan pelawak ‘otai’ dan popular serta selebriti-selebriti yang mempunyai kelebihan dalam berkomedi.

Namun, ia juga terdiri daripada wajah-wajah baharu industri hiburan, pempengaruh sosial media dan rakyat umum yang dipilih menerusi uji bakat terbuka.
Para peserta termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin bakal menggegarkan dunia hiburan.
Malah, pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri.
Menariknya, setiap kumpulan akan diketuai setiap mentor masing-masing termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda bagi membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale.
Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan pengacara buat kali pertama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
‘MEGA SPONTAN’ akan berlangsung selama lapan (8) minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.