Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Rebus Daging Babi Dalam Cerek Hotel, Mekyun Luah Rasa Kecewa - “Saya Sendiri Malu Bila Tengok…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
28 Aug 2025, 12:05 PM

rebus daging babi dalam cerek hotel, mekyun luah rasa kecewa - “saya sendiri malu bila tengok…”Foto: Instagram

Pempengaruh media sosial, Mekyun meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab seorang individu yang merebus daging babi menggunakan cerek elektrik di sebuah hotel.

Mekyun, atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 28 tahun, menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sopan dan tidak beradab kerana boleh menyebarkan bakteria dalam peralatan yang digunakan secara berkongsi oleh pengunjung hotel.

“Saya sangat terkejut dan terganggu. Tak sangka ada orang yang sanggup rebus daging babi dalam cerek hotel.

“Cerek itu bukan dicipta untuk rebus daging. Bila masak daging dalam cerek, bakteria dan lemak akan melekat pada permukaannya,” katanya menerusi satu video di TikTok baru-baru ini.

 

@mekyunnnn

Rebus daging khinzir dalam kettle hotel?! 😡 Itu tindakan jijik, kotor, tak ada adab langsung!! Kettle tu untuk air panas, bukan periuk nak masak!!Bayangkan orang lain nak guna lepas tu buat kopi, teh atau untuk Muslims yang langsung tak boleh guna sebab dah terkena daging khinzir?! Tolonglah, JANGAN buat benda macam ni. Kalau diri sendiri tak reti jaga kebersihan, sekurang-kurangnya belajar lah untuk HORMAT orang lain. Hygiene/Kebersihan = ASAS Adab = WAJIB Respect = COMMON SENSE!!!

♬ original sound - Mekyun

 

Menurutnya lagi, perbuatan sedemikian boleh menimbulkan rasa jijik kerana cerek itu turut digunakan oleh tetamu lain untuk membuat air panas, teh atau kopi.

“Bayangkan orang lain guna cerek sama tanpa tahu ia pernah diguna untuk masak daging babi. Ia sangat kotor dan tidak bersih,” ujarnya.

Mekyun juga menekankan bahawa tindakan seperti itu boleh menimbulkan kesukaran dan keresahan terutama kepada individu beragama Islam.

“Orang Islam tak boleh guna peralatan yang pernah bersentuhan dengan daging babi. Ia bukan soal remeh – ia soal hukum dan sensitiviti agama.

“Tindakan begitu memang tak ada adab, tak ada kesedaran dan langsung tak hormat pada orang lain,” katanya lagi.

Sebagai seorang berbangsa Cina, Mekyun turut melahirkan rasa malu atas perbuatan tersebut dan menasihati masyarakat supaya lebih peka terhadap kepelbagaian kaum dan agama.

“Saya sendiri malu bila tengok video begitu. Jadi tolonglah, jangan ulang perbuatan yang tidak bertanggungjawab macam ini.

“Kita semua kena ada rasa hormat dan kesedaran. Kebersihan dan adab itu asas hidup bermasyarakat,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah video memaparkan individu merebus daging dipercayai babi dalam cerek elektrik di hotel telah tular, walaupun lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Rakaman tersebut menerima ribuan reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan itu sebagai menjijikkan dan tidak beretika.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us