Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Duka 11 Tahun MH17, Mengenang Kenangan Tragis dan Keluarga Yang Masih Mengharap

IDRUS, Husna Najwa
17 Jul 2025, 10:20 AM

duka 11 tahun mh17, mengenang kenangan tragis dan keluarga yang masih mengharap

Foto: MAS

Sempena memperingati tragedi MH17 yang menyayat hati hari ini, 11 tahun lalu.

Pada 17 Julai 2014, tepat pada jam 12:31 waktu Amsterdam, Malaysia Airlines penerbangan MH17 berlepas dari Schiphol menuju Kuala Lumpur, dijangka tiba pada jam 06:10 waktu Malaysia, keesokan harinya. Namun, pada jam 13:20 GMT, ketika berada lebih kurang 50 km dari sempadan Ukraine–Rusia, komunikasi terputus dan tidak lama kemudian, serpihan pesawat bersepai di sekitar Hrabove, sebuah kampung di Donetsk Oblast.

duka 11 tahun mh17, mengenang kenangan tragis dan keluarga yang masih mengharap

Foto: BBC

Pasukan Joint Investigation Team (JIT) ditubuhkan pada Oktober 2015, membuka jalan siasatan jenayah antarabangsa dianggotai Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine. Mereka mendapati pesawat itu ditembak menggunakan peluru berpandu jenis Buk 9M38, dilancarkan dari sebuah TELAR yang dibawa dari Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 di Kursk, Rusia kemudian diangkut kembali selepas kejadian.

Pada Jun 2019, JIT menamakan empat suspek utama iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov, dan Leonid Karchenko tiga daripadanya bekas pegawai tentera Rusia dan seorang warga Ukraine. Perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020 menerusi ‘in absentia’ di Belanda. Pada 17 November 2022, dua orang Rusia dan seorang pemisah Ukraine disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, manakala Pulatov dibebaskan. Kesemuanya tidak hadir ke mahkamah.

Pada 9 Julai 2025, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) secara sebulat suara mendapati Rusia bertanggungjawab dalam tragedi MH17 serta pelbagai pelanggaran hak asasi manusia di Ukraine sejak 2014. Mahkamah menegaskan bahawa Moscow gagal mengesahkan sasaran dengan berhati-hati, tidak menyiasat insiden secara memuaskan, dan memberikan informasi palsu untuk menyulitkan penyiasatan.

duka 11 tahun mh17, mengenang kenangan tragis dan keluarga yang masih mengharap

Foto: BBC

ECHR turut menyatakan bahawa Rusia telah melakukan serangan ketenteraan secara membabi buta, penyeksaan termasuk keganasan seksual sebagai alat perang. Tidak cukup dengan itu, pemindahan paksa kanak-kanak Ukraine serta penganiayaan terhadap wartawan dan kumpulan agama turut berlaku. Keputusan ini berkesan di sisi undang-undang walaupun pelaksanaannya diragui sejak Rusia telah diusir daripada Majlis Eropah pada tahun 2022, dan Kremlin menyifatkannya sebagai ‘tidak sah’.

Keluarga mangsa, terutamanya yang kehilangan anak dan pasangan, menganggap keputusan ECHR ini sebagai satu pencapaian simbolik yang penting dalam pencarian keadilan setelah berbelas tahun berduka. Kesimpulan Paris tersebut turut digabungkan dengan keputusan mahkamah Belanda dan PBB yang sebelum ini juga menyalahkan Rusia.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us