Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Usia Semakin Meningkat, Ketahui Kepentingan Vitamin D Untuk Tubuh Badan!

Kita seringkali terlupa kepentingan vitamin D untuk badan kita.
Editor
09 May 2021, 07:00 AM

Kajian terbaru telah merungkai kepentingan vitamin D dalam penjagaan kesihatan otot, terutamanya untuk golongan dewasa. Semakin lanjut usia, kebergantungan kepada vitamin D semakin penting.

kepentingan vitamin d di usia tua

Penjagaan dan kawalan kepada kesihatan otot dapat menjamin kelangsungan hidup di hari tua.  Pergerakan kita juga tidak akan terbatas tanpa memerlukan pertolongan dari orang lain. Ia juga mengurangkan risiko untuk jatuh atau terseliuh.

Kajian yang dijalankan di England menujukkan warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas mempunyai masalah kelemahan otot sekiranya mereka mengalami kekurangan vitamin D. Perbezaan yang ketara dilihat apabila mereka membuat perbandingan bersama mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang optimum.

Kajian yang lebih lanjut menunjukkan sokongan yang kuat terhadap kekurangan vitamin D dan kekuatan otot yang terjejas.  Selain daripada vitamin D, aktiviti fizikal dan senaman juga penting bagi memastikan kesihatan otot badan kita.

Sumber Vitamin D

Cara semula jadi untuk badan kita mengambil vitamin adalah dengan mendedahkan kulit kita kepada cahaya matahari. Apabila kita berada di bawah sinaran matahari, kulit kita akan menghasilkan vitamin D secara semula jadi. Tetapi, kita perlu berhati-hati supaya tidak terdedah kepada sinaran matahari yang terlalu terik dan terlalu lama. Masa yang sesuai untuk kita menyerap keindahan cahaya matahari adalah pada waktu pagi dan mentari senja.

Cara kedua adalah dengan mengambil makanan tambahan seperti pill vitamin D.  Pill ini boleh dibeli di mana-mana farmasi yang menjualnya.  Pil Vitamin D3 adalah pilihan yang disarankan.  Terdapat banyak pandangan terhadap kadar pengambilan vitamin D yang sesuai. Pilihan yang paling bagus adalah dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang keperluan vitamin D.

Oleh kerana kandungan vitamin D di dalam makanan adalah kecil, tiada satu-satu jenis yang dikatakan dapat memberikan kandungan vitamin yang mencukupi. Dua langkah di atas adalah pilihan utama yang boleh dilakukan.

Sumber: WebMD

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us