Situasi menyayat hati apabila lebih ramai penduduk di Gaza berkemungkinan mati akibat kebuluran berbanding peperangan.

Menurut pengerusi dana pelaburan Palestin, Mohammed Mustafa di Forum Ekonomi Dunia (WEF), beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar bergerak pantas untuk mengelak senario sedemikian berlaku.
Malah, penyelesaian politik melalui penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat sebagai satu keperluan segera.
"Saya fikir penyelesaian politik adalah satu kemestian sekarang. Saya tidak fikir seseorang boleh mengelak tetapi melihat fakta dan faktanya penyelesaian ketenteraan tidak akan menyelesaikan masalah.
"Pendudukan tidak boleh diteruskan, tiada orang akan menerima untuk ditindas dengan cara rakyat Palestin telah ditindas. Jadi sudah tiba masanya untuk atasi punca masalah dan punca masalah adalah pendudukan.
"Kita perlu menamatkan penjajahan Israel ke seluruh bumi palestin, bukan sahaja di Gaza, tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dan membenarkan rakyat Palestin membina negara mereka sendiri yang berdaulat dan merdeka," katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.