Malaysia diduduki oleh penduduk daripada berbilang kaum dan agama. Di dalam kepelbagaian ini, terdapat bermacam tradisi bagi setiap komuniti. Malaysia mempunyai 3 bangsa utama iaitu Melayu, Cina, dan India tetapi kita seringkali terlupa bahawa komuniti Orang Asli di Malaysia sangat banyak dan setiapnya mempunyai adat dan tradisinya yang tersendiri. Komuniti Orang Asli di Sabah merangkumi 32 etnik dan Sarawak mempunyai 27 etnik Orang Asli yang kaya dengat adat resamnya tersendiri.
Sebagai rakyat kepada negara yang berbilang kaum ini, keharmonian dapat dikecapi sekiranya kita menghormati dan pada masa yang sama meraikan kemajmukan komuniti yang terkandung di dalam negara Malaysia ini. Mungkin sebahagian daripada kita agak terkesan dengan diskriminasi yang dialami kepada komuniti sendiri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nilai kesaksamaan rakyat Malaysia.
Bagaimana kita menghormati kepelbagaian ini?
Langkah pertama untuk menghormati kepelbagaian ini adalah semudah untuk menerima wujudnya kepelbagaian ini di bumi yang aman ini. Kita perlu memahami setiap individu itu berbeza dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Ia sejajar dengan etnik, kaum, jantina, orientasi seksual, status sosio ekonomi, umur, kebolehan fizikal, kepercayaan agama, pahaman politi dan ideologi.
Dengan cara mendalami perbezaan antara kita, kita dapat membina masyarakat yang lebih memahami, positif dan berpersekitaran yang membina. Situasi ini akan membina toleransi sesama rakyat Malaysia dalam bersama meraikan kepelbagaian jenis manusia yang dapat mewarnakan lagi kehidupan di muka bumi ini.
Apakah langkah yang boleh/perlu anda lakukan?
- Sentiasa mencari peluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain secara matang, positif dan hormat-menghormati antara individu yang berlainan latar belakang.
- Meraikan dan menghargai kepelbagaian dan turut serta dalam perayaan atau festival kaum lain.
- Berbangga dengan tradisi dan kebudayaan yang dipupuk oleh keluarga kita sendiri.
- Berkongsi pendapat dan tradisi kepada rakan-rakan yang berlianan latar belakng bagi mengeratkan lagi perhubungan
- Menggalakkan toleransi dan perhubungan antara komuniti yang berlainan latarbelakang dan tradisi.
Terkadang kita memerlukan peringatan sebegini supaya kita tidak terus terhanyut dek kepentingan diri sendiri baik dari segi sosial mahupun ekonomi. Kita manusia biasa. Penuh kesilapan. Tetapi apa yang membezakan antara manusia yang bernilai murni dan buruk adalah cara kita bangun kembali daripada kesilapan tersebut dan meneruskan langkah kepada jalan yang lebih baik.
Sumber: MyHealth.gov.my
Hands photo created by rawpixel.com - www.freepik.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.