Seorang pemandu kereta terlibat kemalangan sehingga melanggar empat kenderaan lain di bahu jalan di Jalan Sultan Yahya Petra, pada Rabu.
Kejadian berlaku disebabkan pemandu tersebut terlelap semasa memandu atau 'microsleep'

pembantu gudang lelaki Berusia 21 tahun, pembantu gudang lelaki itu terbabit cedera pada bahagian hidung dan dirawat di zon kuning Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Malah, kejadian yang terjadi kira-kira jam 2.25 petang itu menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dalam salah sebuah kereta yang dirempuh cedera ringan dan lebam di bahagian kepala.
Manakala, mangsa-mangsa lain berusia antara 26 sehingga 47 tahun yang berada dalam kenderaan masing-masing tidak cedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, beliau memaklumkan tiga lagi kenderaan yang lain mengalami kerosakan.
“Siasatan awal mendapati pembantu gudang itu memandu Proton Persona dari arah Persimpangan Taman Maju menghala ke Persimpangan Wakaf Siku dan mengalami 'microsleep' lalu terbabas ke kiri jalan merempuh belakang Proton Iswara.
“Akibatnya, Proton Iswara tergelongsor ke hadapan melanggar tiga kenderaan lain yang berada di tempat sama,” katanya.
Siasatan lanjut diteruskan dan ia dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.