Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Miliki Lebih Sebiji Pil Kuda Sudah Dikira Pengedar di Thailand

Aimi Amira Nordin
19 Nov 2024, 11:04 AM

Memiliki lebih daripada satu biji pil kuda sudah dikira sebagai pengedar dadah jika berjaya ditangkap pihak berkuasa di Thailand. Perkara itu diingatkan oleh pihak polis Thailand kepada rakyat Malaysia agar tidak memandang remeh isu membabitkan dadah di negara tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan , walaupun undang-undang berkaitan dadah di negara tersebut hampir sama dengan negara lain namun di Thailand mereka lebih tegas.

"Di sini (Thailand) jika memiliki lebih daripada sebiji ia sudah dikira pengedar yang membawa maksud dadah tersebut digunakan untuk dijual bukan sekadar kegunaan sendiri," katanya semasa sidang akhbar memetik laporan Sinar Harian.

Menurutnya lagi, hukuman di Thailand bergantung kepada jumlah dadah yang dirampas. Pesalah boleh berdepan dengan hukuman penjara melebihi 10 tahun atau sepanjang hidup.

“Kebanyakan rakyat Malaysia yang ditahan di negara ini adalah kerana positif dadah bukan memiliki dadah.

"Hal ini kerana mereka takut memandangkan undang-undang membabitkan pengedaran bahan terlarang itu di Thailand agak ketat," katanya.

Tempoh tahanan reman jika seseorang yang ditahan bersama lebih daripada sebiji dadah pula akan direman dalam tempoh tiga bulan atau 84 hingga 90 hari.

Tempoh tersebut membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara adil dan meneliti maklumat serta membolehkan suspek mengumpul bukti jika mereka benar tidak bersalah.

Sumber : Sinar Harian 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }