Foto: Instagram
Pelakon terkenal, Mimi Lana menzahirkan kemarahan terhadap individu yang didakwa menyokong kekejaman rejim Israel, sambil menyifatkan mereka sebagai pengkhianat negara.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, tindakan segelintir pihak yang menjadi tali barut Israel demi kepentingan peribadi merupakan perbuatan tidak berprinsip dan memalukan.
“Rakyat Malaysia yang sanggup jadi tali barut Israel adalah pengkhianat sebenar negara dan bodoh!
“Demi sedikit habuan yang tidak seberapa dan tidak berkat itu, kamu sanggup korbankan maruah serta tanah air sendiri.
“Tak bersyukur betul dapat hidup di Malaysia yang aman damai ini,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Pelakon filem The Experts itu turut menegaskan bahawa pengkhianatan tidak akan dapat disembunyikan selama-lamanyaa, malah berharap agar pihak terlibat menerima pembalasan setimpal.
“Jangan fikir kamu akan selamat dan hidup aman sebab pengkhianat tak akan dapat sembunyi selamanya.
“Semoga hukuman paling berat menanti setiap pengkhianat ini. Shame on you!” tegasnya.
Kenyataan lantang isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu dipercayai merujuk kepada beberapa komen warganet yang dilihat menyokong tindakan rejim Israel dalam konflik berterusan di Gaza.
Sebelum ini, Mimi antara selebriti yang aktif menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin, termasuk memberi sokongan kepada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dihalang oleh tentera Israel baru-baru ini.
Sumber: Threads
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.