Ada beberapa tabiat yang susah dihilangkan, tapi tanpa disangkakan ada tabiat yang menjadi punca naiknya berat badan dan lemak berlebihan di bahagian perut kita. Bahkan ada beberapa kajian yang menyatakan ada tabiat yang perlu kita hentikan supaya lemak di bahagian perut tidak bertambah.
1. Minum diet soda
Selalunya kita menyangkakan kalau kita beralih dari air berkarbonat yang penuh dengan gula ke air berkarbonat yang tiada gula mampu membantu kesihatan. Namun sebalik, ada kajian daripada University of Texas Health Science Center mendapati bahawa individu yang minum diet soda ada peningkatan ukuran pinggang berbanding mereka yang minum soda biasa.
2. Main telefon dan ‘scrolling’ sosial media atas katil
Kajian oleh A Lighting Research Center at Rensselaer Polytechnic Institute mendapati bahawa cahaya yang dipancarkan dari alat elektronik ini sebenarnya menekan pengeluaran melatonin di otak yang merupakan hormone tidur utama untuk tubuh badan kita.
3. Tak minum air secukupnya
Pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk semua fungsi tubuh anda, dan semakin banyak anda minum, semakin baik peluang anda untuk membuang lemak perut. Dalam satu kajian Virginia Tech, sesiapa yang ingin diet diarahkan untuk minum dua cawan air sebelum setiap makanan menurunkan berat badan 30 peratus lebih banyak daripada rakan mereka yang dahaga. Dan anda boleh memperbesar kesannya dengan menambahkan ais.
4. Tidur berlebihan
Penyelidik di Wake Forest mendapati bahawa mereka yang tidur lebih dari lapan jam setiap malam akan naik lebih banyak lemak perut, yang boleh berkait rapat dengan penyakit jantung, diabetes, dan strok.
5. Makan lewat pada waktu malam
Ada kajian yang dilaksanakan oleh Obesity Society menunjukkan bahawa makan malam pada awal hari dapat membantu mengurangkan berat badan kerana anda mempunyai lebih banyak masa untuk membakar kalori.
Jadi kalau boleh kita kurangkan serba sedikit tabiat-tabita ini supaya dapat tubuh badan yang lebih sihat.
Sumber: Eat This, Not That!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.