Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Fakta Atau Sekadar Mitos, Minum Susu Boleh Naik Berat Badan, Betul Ke?

Adakah minum susu boleh menyebabkan anda gemuk?
Editor
04 Dec 2020, 10:08 AM

Penduduk di Asia umumnya amat kurang meminum susu atas beberapa faktor, antaranya intoleransi laktosa dan tanggapan kononnya minum susu boleh menggemukkan.

minum susu boleh jadi gemuk? doktor betulkan persepsi sebenar

Adakah minum susu boleh menyebabkan anda gemuk?

minum susu boleh jadi gemuk? doktor betulkan persepsi sebenar

Persoalan ini sering bermain difikiran kebanyakkan daripada kita, hingga menyebabkan ramai tidak menggemari susu. Disebabkan itu, Dr. Erna Nadia, salah seorang Pegawai Perubatan daripada kumpulan Medical Mythbusters Malaysia tampil membetulkan tanggapan ini.

Susu bukan punca badan jadi gemuk!

Ramai pesakit wanita saya yang super takut nak minum susu sebab depa kata susu ni akan buat badan gemok.

Really?

Haruslah tidak.

Yang membuatkan badan menjadi besar, pinggang menjadi lebar, pipi berkembang, lengan peha gelebeh adalah apabila kita tak jaga makan. Bukan sebab susu ye cik puan tuan sekalian.

Susu adalah sumber protein yang baik.
Janganlah takut dengan makanan dan minuman.
Seriously bukan salah makanan. 
Bila berat naik, tuding dan cermin diri sendiri. Tang mana diet kita salah. Diet ni bukan bermaksud tak makan tapi diet adalah pemakanan seharian kita.

Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi.Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.

Ada 3 jenis susu.

Susu ni dia ada gula ringkas iaitu laktosa. Ada 3 jenis susu iaitu 
1. Susu penuh krim, 
2. Susu rendah lemak,
3. Susu skim.

Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain.

Susu penuh krim ni kandungan lemak dia tinggi. Sesuai lah dengan nama dia. Lemak berkrim disukai ramai. Jadi, kalau ada penyakit kronik macam darah tinggi ka, sila elakkan kalau boleh.

Susu rendah lemak ni pulak, kandungan lemak dan kalori dia rendah, kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk depa yang ada masalah kolesterol tinggi atau untuk depa yang nak kurangkan kalori harian, macam saya.

Susu skim ini lagilah bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangatlah sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis yada yada yada.

Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang dan tubuh badan kita.

Susu pekat manis bukan kategori susu.

Susu pekat manis atau krimer ini bukan susu ye. So jangan salah faham pulak. Susu pekat manis/krimer ni sudah ditambah gula dan digantikan dengan minyak sayuran.

Ok, bila nak minum susu ni?

Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama macam makan pagi, tengah hari dan malam. Sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi di dalam lauk pauk hidangan utama kita.

Jadi, untuk depa yang ada masalah hb low(darah merah rendah), kena makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, daging, ikan, maka asingkan minum susu masa makan makanan utama ok?

Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. So kalau kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.

Sebab tu nanti lama lama mudah kena osteoporosis aka tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain pulak.

Minum susu baik sebelum dan selepas bangun dari tidur.

So, seeloknya minumlah susu sebelum tidoq dan sesudah mangkit tidoq

Boleh faham kan apa sebabnya?
InshaAllah boleh.

Jadi, janganlah takut dengan susu ye.

Lebih baik minum segelas susu bila lapaq waktu malam sebelum tidoq tu dari makan jajan

Minum susu sebelum tidoq InshaAllah boleh buat kita lena dengan perut yang selesa.

Nak minum yang sejuk ke panas?
Ikutlah selera tekak masing masing

Ingat ya, sejuk atau panas sesuatu makanan/minuman tidak mempengaruhi tahap kalori kerana suhu tidak mempunyai kalori.

Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Medical Mythbusters Malaysia

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }