Seorang Doktor berkongsi mengenaik tompokan hijau/tanda lahir menerusi akaun facebooknya Khairul Faizie
Mongolian Spots
Pernah nampak kulit baby baru lahir ada tompokan / tanda lahir ( birthmark) warna biru kehijauan?
Tompokan ini banyak menimbulkan mitos dalam masyarakat kita, hingga ke hari ini.
Ada yang kata:
-kulit baby kotor sebab baby dah berak kat dalam rahim sebelum lahir
- tompok kena ludah dengan jin !
- kenan / mak baby tu minat sangat kat Incredible Hulk masa ngandung
- baby kena dera / terjatuh masa dilahirkan, so ada kesan lebam !
Well....kita rungkai kan mitos ni.
Kesan tompokan biru / kehijauan yang biasa terjadi pada kulit baby baru lahir tu nama nya MONGOLIAN SPOTS.
Mongolian spots ni paling biasa ditemui pada baby yang kulitnya agak gelap.( dark skinned babies).
Tompokan ini wujud kerana wujudnya sel sel Melanocytes di lapisan Dermis kulit ( Lihat gambar). Anatomi: -- Kulit manusia lapisan paling atas ialah Epidermis. Dalam keadaan biasa, sel Melanocytes ini terletak di lapisan epidermis. Fungsi sel ini ialah hasilkan pigment melanin, yang mana melanin akan beri warna kulit.
Semasa proses tumbesaran baby dalam rahim, ada antara sel Melanocytes ini yang tak sampai bergerak ke lapisan Epidermis. Ia terperangkap di lapisan dermis. Sel ini hasilkan melanin di lapisan dermis ( proses dipanggil Dermal Melanocytosis), yang akan menghasilkan tompokan Mongolian spots ini.
Mongolian spots boleh bersaiz kecil, atau ada yang tompokan besar. Warnanya biru kehijauan, ianya rata / flat ( tidak timbul). Ianya tak sakit bila ditekan ( ada yang salah anggap ianya kesan lebam sebab jatuh / kena dera ).
Mongolian spots selalu ditemui di kawasan belakang badan baby baru lahir, dan juga di kawasan sekitar punggung.
Ianya tak merbahaya, tak menjangkit, tak ada kaitan dengan sebarang penyakit lain. Ianya tak perlu rawatan, tak payah di sapu apa apa krim. Biarkan aja.
Mongolian spots akan hilang sendiri apabila baby membesar masuk umur 4- 6 tahun. Tompokan yang besar mungkin ambil masa lebih lama untuk hilang.



Sumber : Khairul Faizie
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.