Artikel ini ditaja oleh Celcom
Kredit: metamorworks/shutterstock
Raya tahun ini memang luar biasa. Ramai yang teruja nak balik ke kampung halaman, merai bersama keluarga dan handai taulan. Iyalah, dah dua tahun terlepas momen manis berhari-raya seperti ini, tentunya tahun ini kita inginkan sambutan lebaran yang meriah.
Ada yang dah rancang sehari sebelum raya nak siapkan cat rumah, nak beli bahan mentah, nak kemas rumah, nak gantung langsir dan tak kurang juga yang nak bertolak balik kampung.
Macam-macam kita rancang dalam kepala... Tetapi, bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan tarikh 1 Syawal awal sehari daripada kalendar, semua perancangan tak menjadi. Malam raya terus jadi kelam kabut.
Apa Momen Yang Tak Boleh Dilupakan Bila Tiba-Tiba Je Raya?
Ini kami kongsikan antara kejadian yang tidak ingin kita lalui, terjadi di malam raya yang pastinya menjadi kenangan raya yang sukar dilupakan.
Nak beli ayam, ayam habis
“Bila umum je esok raya, kelam kabut cari kedai jual ayam. Bila tahu ada kedai yang buka, beratur dari jam 12 tengah malam sampai ke 3 pagi. Tetapi, bila tiba je giliran, ayam habis.”
– Norlela Hashim, 47 tahun
Sambung berniaga dari jam 10 malam sampai 2 pagi
“Sana sini orang call tanya ada daging ke tidak. Bila dah ramai sangat yang cari, ada yang sampai datang ke rumah kami sepakat buka kembali kedai jualan daging segar. Memang ramai orang beratur, tak menang tangan dibuatnya.”
– Adda Suleiman, 24 tahun
Malam raya cari baju
“Dah plan nak keluar cari baju hari Isnin, hari terakhir puasa. Tetapi bila diumum raya esok, tak ingat apa dah. Terus bersiap cari baju malam tu juga. Memang ramai rupanya yang senasib. Ambil je la mana-mana baju yang ada, asalkan muat di badan dan mengikut tema keluarga.”
– Iszni Ishan, 21 tahun
Nasi goreng di pagi raya
“Bahan kering semua dah ada, tinggal beli ayam, daging dan santan je. Lepas dapat tau je esok raya, kelam kabut cari kedai yang buka. Tanya sana sini semuanya penuh, ada yang dah habis stok. Nak buat macam mana, bincang dengan anak-anak semua setuju lauk raya, kita makan di hari raya kedua. Raya pertama kita makan je la nasi goreng. Pertama kali dalam sejarah!”
– Rogayah Abdullah, 50 tahun
Terlepas cuti raya
“Kalau ikutkan tahun ni giliran saya cuti hari raya pertama. Memang seronoklah anak-anak. Dah lama tak dapat cuti hari raya pertama. Tetapi disebabkan jadual dah disusun awal, dah raya pula awal sehari. Jadi saya hanya dapat cuti raya pada hari raya ke-3.”
– Zila Abdullah, 37 tahun
Tak tidur sepanjang malam
“Tahun ni memang tak boleh lupa. Saya ni buat katering, tempahan makanan raya memang banyak. Masa pengumuman raya pun kami tengah sibuk uruskan tempahan moreh di surau. Bila tahu je esok raya, memang rasa nak pitam. Lemang je dekat 100 batang belum mula buat lagi. Tu belum lauk pauk yang lain. Nasiblah anak-anak dan pekerja semua tolong, sepanjang malam kami tak tidur.”
– Maimunah Mohd Esa, 60 tahun
Pagi raya sibuk buat biskut
“Plan asalnya tak nak buat biskut. Tetapi minggu akhir puasa tu mood nak buat biskut baru datang. Jadinya saya siapkan beberapa doh dan simpan dan peti sejuk. Bila umum je esok raya dah tentu kena masak lauk pauk 1 Syawal dulu. Hari raya pertama orang sibuk pergi raya, saya sibuk siapkan biskut.”
– Nuryana Abdul Rahman, 37 tahun
Macam-macam kan cerita raya 2022 yang tak boleh lupa? Iyalah, bila raya tiba-tiba ramai yang tak sempat bersedia. Tidak kiralah macam mana pun kalut dan kelam kabutnya raya anda, paling penting ianya dapat dirai dengan keluarga, berkongsi cerita, bergelak ketawa dan berjumpa saudara mara.
Ada banyak lagi perkara yang boleh dikongsi hari raya ni, salah satunya Celcom MEGA™ Family device bundle yang menawarkan kepada pelanggan peluang eksklusif untuk mendapatkan telefon pintar 5G atau menggandingkan peranti pilihan mereka untuk seisi keluarga secara percuma dengan penjimatan sehingga RM1,999!
Apa yang anda boleh dapat dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA™️ Raya?
Kredit: Celcom
#1 Dapat telefon pintar PERCUMA
Anda dapat telefon pintar 5G PERCUMA dan sebuah peranti PERCUMA apabila anda tambah talian keluarga.
#2 Beli 1 PERCUMA 1 Talian Keluarga
Dapat 2 talian untuk 1 harga dan nikmati internet tanpa had dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA™️.
#3 PERCUMA akses premium ke VideoWalla™ Plus
Dengan video Walla+™ Plus, anda boleh nikmati hiburan tanpa had untuk strim program-program terbaik, K-drama, anime dan mana-mana program kegemaran tanpa henti.
#4 Akses tanpa had dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA™️ di rumah atau di mana-mana
Tak perlu susah-susah lagi. Semuanya dalam 1 bil. Anda juga boleh nikmati penjimatan seumur hidup RM21 untuk bil bulanan apabila anda melanggan CELCOM HOME FIBRE! Tawaran ini khas untuk pelanggan baharu dan sedia ada Celcom.
#5 Nikmati pelbagai ganjaran eksklusif
Ada pelbagai ganjaran eksklusif dan penjimatan di kedai-kedai seperti Shopback, Texas Chicken, Zalora, Petronas, foodpanda dan macam-macam lagi untuk pembelian melalui Celcom Life App.
Menarik kan? Tidak kiralah raya mengejut atau tiba-tiba pun anda boleh nikmati penjimatan, hiburan, ganjaran dan kebaikannya bersama keluarga semestinya dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA™️.
Apa tunggu lagi? Jom beralih kepada Celcom, yang mempunyai kadar kelajuan internet terbaik dan diiktiraf sebagai syarikat telekomunikasi dengan Liputan Mudah Alih Terbaik di Malaysia oleh Anugerah Ookla Speedtest bagi suku ketiga-suku keempat 2021.
Nikmati tawaran eksklusif di store online Celcom dengan rebat online sehingga RM480 atau kunjungi bluecube berhampiran anda untuk mendapatkan cenderahati terhad Nurita Harith edisi Celcom.
Nak raya yang lebih bermakna? Jom kongsi kebahagiaan dan kelebihan yang kita ada dengan orang lain. Macam Danish dalam iklan hari raya Celcom 2002 – Syukur 1 Syawal ni! Memang terbaiklah!