
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson atau dikeanli sebagai Mr Bean.
Video yang tular di laman Facebook itu memaparkan seorang lelaki bernama Faiket Luari yang wajahnya mirip seperti Mr Bean. Kelihatan pelajar-pelajar sekolah itu gembira dengan telatah Mr Bean.
Video berdurasi 8.25 minit itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Matu Daro Samah T3lo Debey, telah ditonton lebih 557 ribu kali dan dikongsi lebih 12,000 oleh netizen.
Rata-rata Netizen memuji lelaki tersebut dengan kebolehannya meniru perwatakan Mr Bean dan mempunyai mimic muka sama seperti Mr Bean.
Kehadiran Mr Bean ke sana merupakan satu projek tanggungjawab sosial koprat bagi mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan.
@Sha Iman: "Wuiishhh, perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean. Tahniah kerana mempunyai kehebatan seperti itu untuk meniru gaya seseorang. Good job."
@Faez: "Tengok ini perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean."
@Amirah Dyiana: "Hahahah comei gila dia. Berapa tahun praktis ni untuk dapat gaya dan mimik muka seperti Mr.Bean."
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.