Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Muat Turun Filem Secara Haram? FINAS Aktifkan Semula Jawatankuasa Cetak Rompak Digital

Tindakan akan dilakukan kepada si pelaku!
Izwan
08 May 2024, 07:15 PM

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila banyak gejala cetak rompak digital semakin berleluasa berlaku sehingga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pembikin filem mahupun drama tempatan.

muat turun filem secara haram? finas aktifkan semula jawatankuasa cetak rompak digital

Lebih mengecewakan apabila tenaga kerja belakang tabir mengetahui tentang cetak rompak digital yang menonton karya mereka melalui platform tidak sah.

Mana tidaknya, segelintir pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya memuat naik dalam platform media sosial seperti Telegram dan TikTok.

Susulan isu berkenaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal mengambil tindakan berhubung isu berkenaan dengan mengaktifkan semula Jawatankuasa Cetak Rompak Digital yang sebelum ini pernah beroperasi dan diwujudkan pada 2020.

muat turun filem secara haram? finas aktifkan semula jawatankuasa cetak rompak digital

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, beliau memaklumkan pihaknya sudah mendapatkan bantuan maklumat lanjut daripada bahagian penguatkuasaan FINAS dalam usaha membanteras gejala berkenaan.

Tambahnya, sejak 2020 hingga sekarang banyak platform digital yang berada dalam pasaran untuk memberikan akses mudah kepada orang ramai memuat turun keseluruhan filem.

“Ada beberapa agensi di bawah jawatankuasa berkenaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan polis.

“Dalam jawatankuasa itu juga ada juga 'war room' yang dikendalikan oleh FINAS yang berperanan untuk memantau aktiviti atau kandungan dimuat naik pengguna.

“Sekiranya terima laporan, kami akan terus siasat dan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Ada beberapa proses perlu dilalui dan MCMC akan bertindak untuk meminta platform berkenaan supaya menurunkan kandungan yang disebarkan secara cetak rompak,” katanya.

Sumber: Berita Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us