Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Rindu Terlerai, Tapi Luka Masih Ada” – Nabila Huda Akui Sudah Lama Tak Jumpa Amy Search, Terima Takdir Terpisah Dengan Bapa

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Apr 2025, 04:00 PM

“rindu terlerai, tapi luka masih ada” – nabila huda akui sudah lama tak jumpa amy search, terima takdir terpisah dengan bapa

Foto: Instagram

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda, baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen apabila memuat naik video berpelukan dengan bapanya, legenda rock tanah air, Amy Search, di laman Threads.

Kapsyen yang disertakan seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa akibat konflik keluarga.​

Dalam satu temubual bersama media, Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 41, menjelaskan bahawa pertemuan tersebut sangat berharga baginya kerana kerinduan yang sudah lama terpendam akhirnya terubat.​

“Pertemuan itu membuatkan kerinduan saya terlerai terhadap bapa sebab memang sudah lama tidak berjumpa. Ia sangat seronok dan saya dapat salam dan minta maaf raya kepadanya,” katanya.​

Namun, apabila ditanya mengenai penyelesaian konflik antara mereka, Nabila mengakui bahawa beliau sudah penat dan memilih untuk menerima apa sahaja yang berlaku.​

“rindu terlerai, tapi luka masih ada” – nabila huda akui sudah lama tak jumpa amy search, terima takdir terpisah dengan bapaFoto: Instagram

“Kalau nak cakap mengenai selesaikan masalah itu, saya pun tidak tahu. Saya hanya terima sahaja apa yang berlaku ini. Saya pun sudah penat dan terima apa sahaja yang berlaku. Ini cerita yang tidak ada penghujung,” tambahnya.​

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.​

Pengakuan pelakon itu nyata menyentuh hati ramai peminat yang selama ini mengagumi hubungan akrab mereka suatu ketika dahulu.

Namun, kehidupan dan masa ternyata mengubah banyak perkara dan Nabila memilih untuk terus melangkah ke hadapan, walaupun dalam hati masih ada rindu yang tak terucap.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us