Usahawan terkenal, Noor Nabila berang apabila dituduh sudah rujuk kembali dengan bekas suami iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad hanya kerana dilihat mesra bercuti bersama di French Alps, Perancis.
Menerusi sebuah video menerusi aplikasi TikTok, Noor Nabila Mohd Noor atau mesra disapa Nabila tampil menjelaskan status sebenar mereka.
“Kami tidak rujuk, tidak kahwin.
“Kami kawan. Professional,” ujarnya.

Foto: IG @noornabila
Dalam pada itu, kakak kepada pengacara dan usahawan Neelofa itu, dilihat turut menegur sikap segelintir netizen yang gemar menabur spekulasi tidak berasas tanpa usul periksa.
“Jangan jadi netizen bodoh, jadi netizen cerdik.
Malah, Nabila turut menempelak segelintir netizen yang lebih gemar melihat pasangan bercerai bermusuhan daripada mengekalkan hubungan demi kesejahteraan anak-anak.
“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri bergaduh dan muat naik dalam media sosial.
“Yang elok macam kami, macam-macam fitnah. Serabut! Sharnaaz masih single dan mahu cari bini, Jayden (anak mereka) mahu adik.
“Jadi netizen tak payahlah komen benda yang menyerabutkan mata,” tegasnya lagi.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 namun memilih untuk bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.